Sunday, 17 April 2011

PAKATAN PEMBULAK GUNA BOMOH!


Keputusan Pilihanraya Negeri Sarawak telah diumumkan malam semalam dan BN memperolehi kemenangan yang lebih dari mencukupi untuk menubuhkan Kerajaan Negeri.

Daripada 71 kerusi yang dipertandingkan, BN telah memperolehi 55 kerusi, DAP 12, PKR 1 dan Parti Bebas 1 kerusi.

55 Kerusi yang dimenangi oleh Barisan Nasional itu kebanyakkannya disumbangkan oleh Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak.

Tapi tu bukan pelik sangat. Yang peliknya dengan puak - puak Pakatan Pembangkang. Dari 71 kerusi, diorang dapat 13 sahaja.

Kalau sebelum ni beria - ia bergaduh berebut kerusi. Bertanding banyak - banyak, tapi menang 15 je? Buat mengabiskan masa, duit dan tenaga je import dari luar.

Yang paling menghairankan ialah, kali ni diorang tak de 'point' nak salahkan orang lain atas kekalahan diorang.

Tak de dah dengar cerita wujudnya pengundi hantu di Sarawak. Diorang ada pakai bomoh ke nak halau pengundi hantu ni?

Kalau di tempat diorang bertanding tu memang ada hantu. Hantu Semenanjung yang diimport khas untuk buat kecoh.

Tak de dah dengar cerita kata SPR berat sebelah dan tak adil serta sebagainya. Kenapa ye? SPR dah buat kerja betul ke kali ni? Bersih dah ke proses Pilihanraya Negeri ni?

Inilah sifat sebenar puak - puak Pembangkang Haramjadah ni. Bila kelebihan memihak kepada mereka, semua benda bagus, semua benda baik.

Tapi kalau diorang kalah, Fuh!!! Itu tak kena, ini tak betul. Macam dia je yang betulnya. Tengok aje la perangai si Tian Cuak tu di Senandin semalam.

Dah kalah, kalah la. Nak pertikai apa lagi? Terima je hakikat bahawa PKR tidak diterima di Sarawak. Sebab apa? Sebab Ketua Penipu tu jugak. Bukan orang lain.

Jadi buang masa je si Tian Cuak tu nak tunjuk protes dia semalam. Buat mengabihkan beras je. Balik je la. Buat semak tempat orang. Orang dah tak nak kat PKR. Itu pun dia tak sedar lagi ke??? Ceit!!! Pigidah!!!

Tahniah PBB!!!

TAHNIAH PBB KERANA BERJAYA MENYEKAT DAN SETERUSNYA MENGHALAU PAKATAN PEMBULAK DARI SEMENANJUNG, KELUAR SARAWAK!

FITNAH PEMBULAK!

Ini adalah fitnah terbaru pembangkang mengenai borang 14. Pembangkang menuduh Ketua Tempat Mengundi(KTM) tidak menyerahkan borang 14 kepada counting agent yang berada dalam bilik saluran sewaktu pengiraan.

Pada hal semua KTM telah diberi taklimat oleh SPR bahawa borang 14 hendaklah diisi dan ditandatangan oleh pihak-pihak yang bertanding. Oleh itu tidak timbul soal KTM tidak memberi borang 14.

Jika KTM enggan memberi , pihak polling agent boleh melaporkan terus kepada pegawai polis yang bertugas disetiap saluran.

Jika tidak puas hati lagi parti atau agent boleh membuat laporan di mana-mana balai polis yang terdekat.

Tidak perlu buat kecoh dalam youtube. Ini satu pembohongan pembangkang untuk meracun pemikiran penyokong mereka yang buta peraturan dan undang-undang. Sudah tentu media-media pembohong pakatan seperti Harakah, Selangorkini dan, Roket akan membohongi pengikut atau ahli parti agar terus membenci SPR dan kerajaan.

Ambil contoh insiden pengiraan undi Senadin. PKR menjerit-jerit mohon dikira semula 22 ribu kertas undi kerana tidak puas hati dengan keputusan majoriti yang tipis (58undi)

Tindakan ganas PKR cukup memalukan. Bayangkan jika mereka berjaya menjadi kerajaan persekutuan, sudah tentu mereka akan bertindak seperti keganasan Bintang 3 Zaman Komunis dahulu

Hukum Menceritakan Keburukan Pemimpin!

 Beliau menyenaraikan 6 sebab umpatan itu menjadi harus:Pertama: Untuk mengadukan kezaliman. Harus bagi orang yang dizalimi untuk memberitahu pihak yang boleh menolongnya daripada terus dizalimi
penzalim.Kedua: Meminta pertolongan untuk mengubah kemungkaran dengan mengadu kepada pihak yang berupaya mengubahnya dan menceritakan (mengumpat) perbuatan salah atau mungkar yang dilakukan.Ketiga: Meminta fatwa tentang sesuatu hukum agama yang ada kaitan dengan pihak yang diumpat dengan syarat umpatan itu perlu dilakukan untuk memahamkan orang yang diminta fatwa. Jika boleh difahami tanpa umpatan, maka umpatan tidak harus ketika itu.

Keempat: Memberi ingatan dan nasihat kepada orang Islam lain tentang keburukan yang dilakukan oleh orang yang diumpat.Kelima: Mengumpat orang yang terang-terangan melakukan kefasikan dan maksiat seperti peminum arak, penceroboh, pengumpul harta orang secara zalim (termasuk perasuah), pelaksana kerja-kerja batil dan seumpamanya.Keenam: Memberi pengenalan seseorang yang mana jika tidak diumpat sedikit maka
orang tidak akan mengenalinya, tetapi jika boleh dikenali dengan tidak mengumpatnya, maka mengumpat ketika itu adalah haram. Utusan

Saturday, 16 April 2011

KEPUTUSAN RASMI PILIHANRAYA NEGERI SARAWAK 10!!!

BARISAN NASIONAL : 55
PAKATAN PEMBULAK : 15
BEBAS : 1

PECAHAN PARTI BARISAN NASIONAL :

i) PBB - 35
ii) SUPP - 6
iii) PRS - 8
iv) SPDP - 6

PECAHAN PAKATAN PEMBULAK :

i) DAP - 12
ii) PKR -3
iii) PAS - 0

NANTIKAN ANALISIS SARAWAK INSIDER ESOK!!!

TAHNIAH BARISAN NASIONAL!!

PAKATAN PEMBULAK BOLEH NYAH DARI SARAWAK!!!

BARISAN NASIONAL MENANG BERGAYA!!!

Berdasarkan keputusan yang SARAWAK INSIDER terima, BARISAN NASIONAL telah memenangi majoriti 2/3 apabila memperoleh 55 kerusi daripada 71 kerusi yang dipertandingkan.

Ini menunjukkan, rakyat Sarawak telah bersatu hati, seiya dan sekata MENOLAK PAKATAN MEMBULAK, dan terus MENJAMIN MASA DEPAN BERSAMA BARISAN NASIONAL.

Tahniah dan terima kasih kepada rakyat Sarawak kerana terus memberi kepercayaan kepada Barisan Nasional, membangun, dan memajukan negeri tercinta kita. Semoga, dengan kemenangan BARISAN NASIONAL, rakyat akan lebih mendapat manfaat, dan kebajikan rakyat sentiasa dijaga.

TAHNIAH BARISAN NASIONAL!!!

PAKATAN PEMBULAK BOLEH NYAH DARI SARAWAK!!!!

JENTERA MUDA PAS HANYA 'PASSENGGER' DI LUNDU!

Jentera muda PAS hanya menjadi penumpang, dan tidak bertindak membantu JENTERA PAS di Lundu. PAS, pada Pilihanraya Negeri Sarawak 10 ini, TEWAS di kelima-lima kerusi yang mereka bertanding.
Ini menunjukkan JENTERA MUDA PAS tidak bekerja, dan hanya makan angin sahaja di SARAWAK. PAS DITOLAK MENTAH-MENTAH DI SARAWAK!

Tahniah RAKYAT SARAWAK! Sama-sama kita MENJAMIN MASA DEPAN BERSAMA BARISAN NASIONAL!!

PAS KECUNDANG!!!


Berdasarkan berita yang Sarawak Insider terima, PAS KECUNDANG di kelima-lima tempat yang mereka tandingi.

Keputusan terkini :


Sebuyau
BN: 1,928
PAS: 719
Ind: 44

Tanjong Datu
BN: 954
PAS: 223
Ind: 50

Sadong Jaya
BN: 2,516                    
PAS: 681
Ind: 327

Muara Tuang
BN: 1,580
PAS: 575

Beting Maro
BN: 2,804
PAS: 2,231

Dengan ini, tamatlah riwayat PAS di SARAWAK! Rakyat Sarawak MENOLAK PAS di SARAWAK!


TERUSKAN MENJAMIN MASA DEPAN KITA BERSAMA DENGAN 
BARISAN NASIONAL!!!


Edisi Sarawak : Ummi Hafilda Terjah Anwar Lagi - Peringatan Penting Sebelum Undi !!!


Kesungguhan Ummi Hafilda menghentam Anwar dengan mendedahkan fakta demi fakta wajar menyedarkan kita semua. 

Tidak mungkin demi membuat fitnah seorang wanita berhati cekal ini akan terbang ke sana sini untuk melondehkan seorang individu yang begitu dikagumi rakyat sebelum ini yang pernah dipanggil Pak Sheikh...

Moga kita berfikir dengan fakta yang dikemukan dan sedia menukar persepsi anda kepada kebenaran bukan lagi ilusi atau khayalan.

Mari kita bersama menyokong Srikandi Melayu ini yang jelas ikhlas dalam perjuangannya walau menempuh derita demi derita...

Ayuh kita boleh lakukannya !!! 

http://penembak-tepat.blogspot.com/

Politik BACUL dan JIJIK PAKATAN PEMBULAK!!!

Berdasarkan satu sumber yang dimaklumkan kepada Sarawak Insider, Pakatan Rakyat yang diketuai DAP telah mengadakan taklimat bagi bertindak secara agresif sekiranya sokongan tidak berpihak kepada mereka. Taklimat yang dibuat kepada Polling and Counting Agent, mengkehendaki petugas membawa kamera, video kamera, dan telefon bimbit berkamera bagi merakam proses peraih undi.