Sunday, 17 April 2011

PAKATAN PEMBULAK GUNA BOMOH!


Keputusan Pilihanraya Negeri Sarawak telah diumumkan malam semalam dan BN memperolehi kemenangan yang lebih dari mencukupi untuk menubuhkan Kerajaan Negeri.

Daripada 71 kerusi yang dipertandingkan, BN telah memperolehi 55 kerusi, DAP 12, PKR 1 dan Parti Bebas 1 kerusi.

55 Kerusi yang dimenangi oleh Barisan Nasional itu kebanyakkannya disumbangkan oleh Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak.

Tapi tu bukan pelik sangat. Yang peliknya dengan puak - puak Pakatan Pembangkang. Dari 71 kerusi, diorang dapat 13 sahaja.

Kalau sebelum ni beria - ia bergaduh berebut kerusi. Bertanding banyak - banyak, tapi menang 15 je? Buat mengabiskan masa, duit dan tenaga je import dari luar.

Yang paling menghairankan ialah, kali ni diorang tak de 'point' nak salahkan orang lain atas kekalahan diorang.

Tak de dah dengar cerita wujudnya pengundi hantu di Sarawak. Diorang ada pakai bomoh ke nak halau pengundi hantu ni?

Kalau di tempat diorang bertanding tu memang ada hantu. Hantu Semenanjung yang diimport khas untuk buat kecoh.

Tak de dah dengar cerita kata SPR berat sebelah dan tak adil serta sebagainya. Kenapa ye? SPR dah buat kerja betul ke kali ni? Bersih dah ke proses Pilihanraya Negeri ni?

Inilah sifat sebenar puak - puak Pembangkang Haramjadah ni. Bila kelebihan memihak kepada mereka, semua benda bagus, semua benda baik.

Tapi kalau diorang kalah, Fuh!!! Itu tak kena, ini tak betul. Macam dia je yang betulnya. Tengok aje la perangai si Tian Cuak tu di Senandin semalam.

Dah kalah, kalah la. Nak pertikai apa lagi? Terima je hakikat bahawa PKR tidak diterima di Sarawak. Sebab apa? Sebab Ketua Penipu tu jugak. Bukan orang lain.

Jadi buang masa je si Tian Cuak tu nak tunjuk protes dia semalam. Buat mengabihkan beras je. Balik je la. Buat semak tempat orang. Orang dah tak nak kat PKR. Itu pun dia tak sedar lagi ke??? Ceit!!! Pigidah!!!

Tahniah PBB!!!

TAHNIAH PBB KERANA BERJAYA MENYEKAT DAN SETERUSNYA MENGHALAU PAKATAN PEMBULAK DARI SEMENANJUNG, KELUAR SARAWAK!

FITNAH PEMBULAK!

Ini adalah fitnah terbaru pembangkang mengenai borang 14. Pembangkang menuduh Ketua Tempat Mengundi(KTM) tidak menyerahkan borang 14 kepada counting agent yang berada dalam bilik saluran sewaktu pengiraan.

Pada hal semua KTM telah diberi taklimat oleh SPR bahawa borang 14 hendaklah diisi dan ditandatangan oleh pihak-pihak yang bertanding. Oleh itu tidak timbul soal KTM tidak memberi borang 14.

Jika KTM enggan memberi , pihak polling agent boleh melaporkan terus kepada pegawai polis yang bertugas disetiap saluran.

Jika tidak puas hati lagi parti atau agent boleh membuat laporan di mana-mana balai polis yang terdekat.

Tidak perlu buat kecoh dalam youtube. Ini satu pembohongan pembangkang untuk meracun pemikiran penyokong mereka yang buta peraturan dan undang-undang. Sudah tentu media-media pembohong pakatan seperti Harakah, Selangorkini dan, Roket akan membohongi pengikut atau ahli parti agar terus membenci SPR dan kerajaan.

Ambil contoh insiden pengiraan undi Senadin. PKR menjerit-jerit mohon dikira semula 22 ribu kertas undi kerana tidak puas hati dengan keputusan majoriti yang tipis (58undi)

Tindakan ganas PKR cukup memalukan. Bayangkan jika mereka berjaya menjadi kerajaan persekutuan, sudah tentu mereka akan bertindak seperti keganasan Bintang 3 Zaman Komunis dahulu

Hukum Menceritakan Keburukan Pemimpin!

 Beliau menyenaraikan 6 sebab umpatan itu menjadi harus:Pertama: Untuk mengadukan kezaliman. Harus bagi orang yang dizalimi untuk memberitahu pihak yang boleh menolongnya daripada terus dizalimi
penzalim.Kedua: Meminta pertolongan untuk mengubah kemungkaran dengan mengadu kepada pihak yang berupaya mengubahnya dan menceritakan (mengumpat) perbuatan salah atau mungkar yang dilakukan.Ketiga: Meminta fatwa tentang sesuatu hukum agama yang ada kaitan dengan pihak yang diumpat dengan syarat umpatan itu perlu dilakukan untuk memahamkan orang yang diminta fatwa. Jika boleh difahami tanpa umpatan, maka umpatan tidak harus ketika itu.

Keempat: Memberi ingatan dan nasihat kepada orang Islam lain tentang keburukan yang dilakukan oleh orang yang diumpat.Kelima: Mengumpat orang yang terang-terangan melakukan kefasikan dan maksiat seperti peminum arak, penceroboh, pengumpul harta orang secara zalim (termasuk perasuah), pelaksana kerja-kerja batil dan seumpamanya.Keenam: Memberi pengenalan seseorang yang mana jika tidak diumpat sedikit maka
orang tidak akan mengenalinya, tetapi jika boleh dikenali dengan tidak mengumpatnya, maka mengumpat ketika itu adalah haram. Utusan

Saturday, 16 April 2011

KEPUTUSAN RASMI PILIHANRAYA NEGERI SARAWAK 10!!!

BARISAN NASIONAL : 55
PAKATAN PEMBULAK : 15
BEBAS : 1

PECAHAN PARTI BARISAN NASIONAL :

i) PBB - 35
ii) SUPP - 6
iii) PRS - 8
iv) SPDP - 6

PECAHAN PAKATAN PEMBULAK :

i) DAP - 12
ii) PKR -3
iii) PAS - 0

NANTIKAN ANALISIS SARAWAK INSIDER ESOK!!!

TAHNIAH BARISAN NASIONAL!!

PAKATAN PEMBULAK BOLEH NYAH DARI SARAWAK!!!

BARISAN NASIONAL MENANG BERGAYA!!!

Berdasarkan keputusan yang SARAWAK INSIDER terima, BARISAN NASIONAL telah memenangi majoriti 2/3 apabila memperoleh 55 kerusi daripada 71 kerusi yang dipertandingkan.

Ini menunjukkan, rakyat Sarawak telah bersatu hati, seiya dan sekata MENOLAK PAKATAN MEMBULAK, dan terus MENJAMIN MASA DEPAN BERSAMA BARISAN NASIONAL.

Tahniah dan terima kasih kepada rakyat Sarawak kerana terus memberi kepercayaan kepada Barisan Nasional, membangun, dan memajukan negeri tercinta kita. Semoga, dengan kemenangan BARISAN NASIONAL, rakyat akan lebih mendapat manfaat, dan kebajikan rakyat sentiasa dijaga.

TAHNIAH BARISAN NASIONAL!!!

PAKATAN PEMBULAK BOLEH NYAH DARI SARAWAK!!!!

JENTERA MUDA PAS HANYA 'PASSENGGER' DI LUNDU!

Jentera muda PAS hanya menjadi penumpang, dan tidak bertindak membantu JENTERA PAS di Lundu. PAS, pada Pilihanraya Negeri Sarawak 10 ini, TEWAS di kelima-lima kerusi yang mereka bertanding.
Ini menunjukkan JENTERA MUDA PAS tidak bekerja, dan hanya makan angin sahaja di SARAWAK. PAS DITOLAK MENTAH-MENTAH DI SARAWAK!

Tahniah RAKYAT SARAWAK! Sama-sama kita MENJAMIN MASA DEPAN BERSAMA BARISAN NASIONAL!!

PAS KECUNDANG!!!


Berdasarkan berita yang Sarawak Insider terima, PAS KECUNDANG di kelima-lima tempat yang mereka tandingi.

Keputusan terkini :


Sebuyau
BN: 1,928
PAS: 719
Ind: 44

Tanjong Datu
BN: 954
PAS: 223
Ind: 50

Sadong Jaya
BN: 2,516                    
PAS: 681
Ind: 327

Muara Tuang
BN: 1,580
PAS: 575

Beting Maro
BN: 2,804
PAS: 2,231

Dengan ini, tamatlah riwayat PAS di SARAWAK! Rakyat Sarawak MENOLAK PAS di SARAWAK!


TERUSKAN MENJAMIN MASA DEPAN KITA BERSAMA DENGAN 
BARISAN NASIONAL!!!


Edisi Sarawak : Ummi Hafilda Terjah Anwar Lagi - Peringatan Penting Sebelum Undi !!!


Kesungguhan Ummi Hafilda menghentam Anwar dengan mendedahkan fakta demi fakta wajar menyedarkan kita semua. 

Tidak mungkin demi membuat fitnah seorang wanita berhati cekal ini akan terbang ke sana sini untuk melondehkan seorang individu yang begitu dikagumi rakyat sebelum ini yang pernah dipanggil Pak Sheikh...

Moga kita berfikir dengan fakta yang dikemukan dan sedia menukar persepsi anda kepada kebenaran bukan lagi ilusi atau khayalan.

Mari kita bersama menyokong Srikandi Melayu ini yang jelas ikhlas dalam perjuangannya walau menempuh derita demi derita...

Ayuh kita boleh lakukannya !!! 

http://penembak-tepat.blogspot.com/

Politik BACUL dan JIJIK PAKATAN PEMBULAK!!!

Berdasarkan satu sumber yang dimaklumkan kepada Sarawak Insider, Pakatan Rakyat yang diketuai DAP telah mengadakan taklimat bagi bertindak secara agresif sekiranya sokongan tidak berpihak kepada mereka. Taklimat yang dibuat kepada Polling and Counting Agent, mengkehendaki petugas membawa kamera, video kamera, dan telefon bimbit berkamera bagi merakam proses peraih undi. 

Friday, 15 April 2011

Tolak PAKATAN PEMBULAK, Jaminkan Masa Depan Dengan BARISAN NASIONAL!!


Renung kembali kata-kata mereka dan apa yang mereka katakan. Mereka mendesak supaya Pehin Sri, Ketua Menteri kita letak jawatan kerana telah lama memegang tampuk pemerintahan. Tetapi, mereka lupa, mungkin NYANYUK barangkali dengan tempoh mereka berkuasa, menjadi wakil rakyat. 

Berdasarkan kajian yang dibuat, orang yang paling lama berkuasa dan menjadi wakil rakyat adalah Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz, yang telah berkuasa selama 44 TAHUN! Diikuti dengan Lim Kit Siang, CAUVINIS KOMUNIS yang telah berkuasa selama 42 TAHUN! Seterusnya, Karpal Singh, wakil rakyat yang cacat anggota selama 37 TAHUN! Dan, Abdul Hadi Awang, bekas Menteri Besar Terengganu, yang MENJAHANAMKAN TERENGGANU, selama 33 TAHUN.

Ketua Menteri kita, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, baru sahaja 30 tahun bergelar wakil rakyat, dibandingkan dengan nama-nama yang disebut di atas yang telah lama menjadi wakil rakyat.

Tetapi, apa yang musykil ialah, walaupun mereka telah lama berkuasa, tetapi, mereka tidak menyumbangkan apa-apa, selain bertujuan untuk MEMECAH BELAHKAN kita sahaja. Di Kelantan, tanah dirampas, dan bukit digondol untuk meratah balak. Di Pulau Pinang, orang-orang MELAYU di sana dihalau, malah, ada gerai orang MELAYU dirobohkan. Lebih teruk, sebuah perkampungan India, di KAMPUNG BUAH PALA ditolak menggunakan jentolak, dan orang-orang kampung itu MEREMPAT di bumi Pulau Pinang, SEHELAI SEPINGGANG.

Janji tinggal janji. Mereka tidak upaya pun mentadbir negeri. Mungkin faktor umur tua bangka, dan penyakit yang mereka hidapi kini. Dibandingkan dengan Pehin Sri, Pehin Sri lebih bertenaga, dan sihat. Pehin Sri masih mampu dan berupaya untuk mentadbir negeri kita.

Justeru, kita sepatutnya menolak orang-orang tua yang NYANYUK, MEMPUNYAI MASALAH KESIHATAN, DAN YANG TIDAK MENYUMBANG APA-APA dari mewakili kita semua. Dengan menolak mereka, kita mampu MENJAMIN MASA DEPAN KITA DENGAN BARISAN NASIONAL!

Tolak PAKATAN PEMBULAK, Jaminkan Masa Depan Dengan BARISAN NASIONAL!


Tinggal kurang dari 13 jam rakyat Sarawak akan menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih dalam Pilihanraya Negeri Sarawak (PRN Sarawak) yang ke 10. Justeru, Sarawak Insider mengingatkan sekali lagi supaya rakyat Sarawak JAMINKAN MASA DEPAN ANDA DENGAN BARISAN NASIONAL. 

Sokongan anda kepada Barisan Nasional Sarawak, yang diterajui Pehin Sri Abdul Taib Mahmud adalah cerminan sokongan anda kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Patinggi Mohd Najib Tun Abdul Razak. Perdana Menteri kita bukan hanya menjadi Perdana Menteri kepada orang Melayu, Cina dan India sahaja. Tetapi, beliau telah melaksanakan tanggungjawabnya, menjaga kita, seluruh rakyat Sarawak yang kaya dengan pelbagai adat, seni, dan budaya.

Malah, yang lebih mengharukan, Datuk Patinggi Najib menterjemahkan perpaduan di bumi kita, Sarawak, kepada satu Gagasan, yang mengikatkan kita semua, dengan nama perpaduan, yakni GAGASAN 1MALAYSIA.

Diharapkan rakyat Sarawak tidak terpengaruh dengan pujuk rayu, serta muslihat dari PAKATAN PEMBULAK, yang akan merosak, serta menghancurkan bumi kita ini, dengan budaya ganas, dan agresif yang mereka bawa dari luar negeri kita. Jikalau mereka menang, Sarawak Insider yakin, YELLOW RAJAH yang diketuai DAP akan membolot semua hasil bumi kita, segala tanah yang kita ada, dan harta yang kita miliki, seperti mana yang berlaku di Pulau Pinang, dan Kelantan.

Jika ini berlaku, kita akan merempat di bumi kita. Pakatan Pembulak ini lebih senang menipu, dan menabur janji-janji manis. Mereka akan menindas kita, sebagaimana mereka menindas rakyat di negeri mereka kuasai.

Ingat, untuk kesejahteraan kita bersama, kita harus TOLAK PAKATAN PEMBULAK ini. Kerana, dengan menolak PAKATAN PEMBULAK ini, kita mampu, MENJAMIN MASA DEPAN KITA DENGAN BARISAN NASIONAL!

Tolak Parti Ekstremis Agama, Politik Jalang!


Semenjak hari penamaan calon hinggalah saat artikel ini ditulis,kempen DAP,PKR dan PAS lebih kepada menghasut isu agama,rasis dan pembohongan fakta dari negeri pakatan Pulau Pinang dan Selangor.


Yang paling ketara,setiap ceramah DAP begitu konsisten menghasut mengenai isu Al-kitab,kempen menghasut ini bukan saja dalam ceramah ceramah mereka malah turut mengedarkan risalah,sms dan email.

PAKATAN PEMBULAK GUNAKAN BUDAK SEKOLAH UNTUK PUASKAN NAFSU MEREKA!!!

PKR menggunakan budak sekolah mengedarkan risalah masjid Ikhwanulmuslimin di Taman Sukma, Jalan Juara Dun Samariang. Perbuatan ini tidak wajar dibuat kerana budak sekolah masih kecil untuk terlibat dalam perang poster khasnya di ketika PRN Sarawak yang paling hangat dalam sejarahnya ketika ini.

Lihat gambar yang dirakam sebentar tadi dan adakah perbuatan ini yang kita mahu benarkan ??? Adakah wajar mengeksplotasi budak-budak diguna untuk menabur fitnah kepada Barisan Nasional?

Perbuatant tidak bermoral ini tidak wajar dibiarkan. Rakyat perlu bangkit menolak secara total perbuatan parti Pakatan Rakyat ini... 

Ketua Menteri sudah memaklumkan beliau sedia mengundur diri selepas 30 tahun membangunkan negeri dan kita kena pastikan Sarawak akan terus maju di bawah pimpinan Ketua Menteri yang baru.

Eksklusif!! Sarawak Insider Di Utusan Malaysia!

PEMBULAK!!!

Pakatan Pembulak Mungkir Janji Lagi!



“Our association received an invitation from Selangor state executive councillor Teresa Kok of PKR to have a breakfast meeting with the leaders of these opposition parties and agreed on condition that political issues would not be discussed as we are non-partisan.
 
“Shortly after the meeting we left. However, we were disappointed to learn that these leaders held a press conference later,” kata Ambrose Linang (Setiausaha Persatuan Gereja Sarawak).

Pakatan pembangkang memang suka berbohong. Mereka hanya menggunakan orang lain di saat mahu meraih undi dan kuasa. Inilah perangai pakatan pembangkang, mereka memainkan sentimen dan emosi untuk memecahkan perpaduan di Sarawak. Menipu di rumah panjang, menipu di dalam ceramah juga dengan persatuan agama.

Provakasi Liar Pakatan Pembulak!



Dr Hew Kuan Yau (pemimpin DAP kebangsaan) telah menggelar SUPP sebagai anjing dan orang utan dalam ceramahnya di Miri (baca sini). Tidak cukup dengan itu, provokasi liar terhadap kepimpinan negeri berterusan dibuat oleh pihak lawan ketika hari pengundian semakin hampir. Ini menunjukkan DAP begitu desperate untuk menang di Sarawak.

Terbaru, satu billboard berbentuk provokasi telah ditemui dihadapan Merdeka Palace Hotel, Kuching berdekatan dengan bulatan Padang Merdeka. Maksud billboard tersebut adalah "undi Taib sama undi asuk (anjing) tua, jatuhkan Taib sama dengan bunuh asuk (anjing) tua. Bila asuk-asuk (anjing-anjing) tua ni mahu dikorbankan?!!!". (baca sini)

Sebelum ini poster calon BN dilempar cat merah. (baca sini)

Billboard berbentuk provokasi dan ancaman "korbankan" ini adalah satu bentuk tindakan biadap dan tidak boleh dibiarkan. Ini satu penghinaan kepada rakyat Sarawak. Amat pasti budaya provokasi liar ini adalah budaya yang diimport dari luar Sarawak. Budaya "Yellow Rajah" sudah menular di Sarawak. Rakyat perlu menolak budaya biadap dan melampau ini. 
 
Sumber : Angin Perubahan

Fantasi (Anwar) Vs Realiti (PEMANDU) - Siri 3

Tolak Calon Tidak Bermoral!


Gambar terbaru Ustaz Ahmad Nazib dengan seorang wanita misteri bernama Dayangku Shi**h yang dipercayai isteri keduanya. Ustaz Ahmad Nazib, calon PKR di Satok tidak mengaku mempunyai seorang lagi isteri dalam siri ceramahnya di Satok pada 8 April 2011.

Pendedahan mengenai kisah isteri kedua Ustaz Ahmad Nazib, seorang peguam syarie yang berkahwin di Thailand setelah gadis tersebut mengandung telah sampai ke pengetahuan kaum keluarga Ahmad Nazib (baca sini).

Hendak berubah bagaimana Ustaz?

Sarawak SUN turut mendedahkan gambar gadis yang dipercayai menjadi isteri kedua Ustaz Ahmad Nazib dan anaknya (baca sini). Pada tahun 2010, tiba-tiba Ahmad Nazib telah menghantarkan surat cerai kepada isteri keduanya itu melalui pos tanpa menyatakan apa-apa sebab. 
Selepas menceraikan isteri keduanya, Ahmad Nazib tidak pernah mempedulikan nafkah, termasuklah kepada anaknya. Sekarang bekas isterinya dan anaknya terpaksa bergantung hidup kepada bekas bapa mertua Ahmad Nazib yang bernama Pengiran K (baca sini).

Gambar Ustaz Ahmad Nazib dengan isteri pertamanya.

Bagaimana Ahmad Nazib hendak mewakili wanita-wanita yang dianiaya suami di mahkamah, jika Ahmad Nazib sendiri pun mengkhianati isterinya? Bagaimana Ahmad Nazib hendak jaga puluhan ribu pengundi di dun Satok sekiranya dia menang, sedangkan isteri dan anaknya pun dia tinggalkan begitu saja?

Rakyat Sarawak usah terima calon-calon pembulak daripada pembangkang. Pakatan pembulak mengimport calon-calon bermasalah untuk menjadi wakil rakyat di Sarawak. Tolak Pakatan Pembulak. 16 September 2008 adalah hari pembohongan besar di Malaysia. 16 April 2011, adalah hari rakyat Sarawak mengundi untuk pertahankan hak dan kepentingan rakyat Sarawak.