Thursday, 14 April 2011

PAKATAN PEMBULAK MENABUR JANJI - SIRI 2

JANJI PAKATAN PEMBULAK!!!

FANTASI :

2) PENTADBIRAN KERAJAAN C.A.T (COMPETENCY, ACCOUNTABILITY, TRANSPARENCY)
-Kita akan menegakkan undang-undang dan piawaian mutu secara professional dalam kerajaan.

REALITI :

PAKATAN PEMBULAK MENABUR JANJI - SIRI !

Janji PAKATAN PEMBULAK!

FANTASI : 

1) Suruhanjaya Tanah - Kembalikan Hak Tanah
Kami akan menggubal Perundangan Tanah Sarawak dan menubuhkan Suruhanjaya Tanah dalam 1 tahun.


REALITI :
 

PANDANGAN GEORGE CHAN TENTANG DAP!!

Pandangan daripada Dato' George Chan mengenai pembangkang yang cuba berjanji kosong di Sarawak. Inilah pandangan daripada orang yang begitu lama dalam politik tentang apa yang cuba DAP bawakan di Sarawak. George Chan bantai cukup cukup Anwar Ibrahim, Kit Siang dan Guan Eng. Satu pandangan yang perlu diambil perhatian oleh orang muda di Sarawak.

Sumber : Angin Perubahan

GEMPAR!!!! ANWAR DITAMPAR!!!!



Kedatangan Anwar ke Kapit disambut dengan penolakan rakyat Kapit yang sedar pembohongan besar yang dilakukan oleh beliau,Kain rentang "Anwar!! Pengundi di sini tidak mahu kamu,Dari dahulu kamu pembohong" menyambut kedatangan bapak segala pembohong ke Kapit.:klik sini
Terkini satu program ceramah Anwar di adakan di rumah Edision Bugap,Melekun,Kapit.Anwar seperti biasa dengan lagak penuh pembohongan cuba memperbodohkan rakyat di sini.

Semasa sedang berceramah ,Anwar bagai ditampar oleh Tuai rumah apabila ditanya mengenai isu liwat dan jam Omega di hadapan lebih 120 orang yang hadir.Tersentak dengan pertanyaan itu,Anwar menjadi marah dan terus meninggalkan majlis.Tuai rumah hanya mahukan penjelasan,tetapi dengan biadap Anwar terus meninggalkan majlis tersebut tanpa menghormati hadirin di rumah panjang tersebut.

Anwar hanya sempat berucap 20 minit terus meninggalkan majlis tanpa bersalaman dengan penduduk disitu.

Kapit menyaksikan bagaimana Anwar melarikan diri apabila rakyat mahukan penjelasan,tetapi beliau melarikan diri daripada mempertahankan dirinya.

Terbukti Anwar terlalu banyak helah dan berselindung didalam kes liwat dan video perlakuan seks yang didedahkan baru baru ini.

Anwar : It Wasn't Me!

Pakatan Pembulak Pakar Eco No 'Money'

Wednesday, 13 April 2011

Najib Yakin BN Bentuk Kerajaan Di Sarawak!

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yakin Barisan Nasional (BN) mampu membentuk kerajaan selepas pilihan raya Sarawak ke-10 dan seterusnya berjaya mengekalkan kemenangan majoriti dua pertiga.
Bagaimanapun Perdana Menteri turut mengakui bahawa BN menghadapi tentangan yang hebat daripada pembangkang pada pilihan raya kali ini.
“Nampaknya sokongan yang diberikan baik, namun itu tidak bererti bahawa kita tidak menghadapi tentangan yang agak hebat, barangkali paling hebat dalam sejarah politik Sarawak.
“Tiap-tiap kali pilihan raya ia mesti ada turun naik. Paling minimum kita boleh tubuh kerajaan, (majoriti) dua pertiga merupakan sasaran yang mempu dicapai oleh BN,” katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis bersama rakyat di Pejabat Daerah Kecil Sadong Jaya di sini, Rabu.
Tambah Najib yang juga Pengerusi BN, jentera parti itu sudah mempunyai sasaran yang mampu dimenangi pada pilihan raya negeri yang akan diadakan pada 16 April ini.
“Kita ada internal target, tapi saya tidak perlu nyatakan berapa. Saya pun tahu di mana kekuatan kita dan di mana kita hadapi tentangan yang agak hebat,” katanya.
Ditanya sama ada BN mampu merampas kembali beberapa kerusi yang jatuh ke tangan pembangkang pada pilihan raya negeri 2006, Najib berkata, perkara itu bergantung kepada kerja kuat jentera parti itu dalam beberapa hari sebelum hari pengundian Sabtu ini.
Bagaimanapun menurut Najib, ia bergantung kepada pilihan pengundi itu sendiri kerana BN sudah menawarkan calon terbaik untuk menjadi wakil mereka.
“Kita hadapi tentangan yang hebat, kita kena kerja lebih kuat kerana kawasan yang kita kalah ialah di kawasan bandar, kita terpaksa bekerja lebih daripada biasa.
“Kita ada calon yang berwiba, kalau mereka lihat kepada kewibawaan calon, dan apa yang BN boleh lakukan, saya percaya mereka boleh pilih BN. Sebaliknya kalau mereka tunjukkan protes, itu kita tidak boleh lakukan apa-apa,” katanya

(Versi Penuh) : Tak Pernah Tuduh PM Dan Isteri Terbabit Kes Altantuya - Raja Petra

Saya tidak pernah menuduh Perdana Menteri atau isterinya terbabit dalam kes pembunuhan kes Altantuya Sharibuu.

Itu pengakuan pengendali laman web Malaysia Today Raja Petra Kamarudin yang muncul buat pertama kali setelah sekian lama menghilangkan diri.

Raja Petra berkata, beliau didesak dan dipengaruhi untuk berbuat demikian oleh beberapa individu yang tidak mahu Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengambil-alih sebagai Perdana Menteri.

Dalam satu temubual eksklusif bersama Ashraf Abdullah yang menjejaki beliau di Perth, Australia baru-baru ini, Raja Petra berkata, akuan bersumpah yang dibuat beliau pada 18 Jun 2008, hanyalah bersandarkan maklumat yang diperolehi daripada beberapa individu ini

Menurut Raja Petra, ramai orang termasuk polis, membuat tuduhan tanpa meneliti akuan bersumpahnya.

Dalam akuan bersumpah itu Raja Petra berkata, beliau menerima maklumat daripada beberapa individu kononnya isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor berada di tempat kejadian ketika Altantuya dibunuh.

RAJA PETRA KAMARUDIN, PENGENDALI BLOG MALAYSIA TODAY
"Di dalam sd saya tadi saya telah bercerita bahawasanya orang ini telah beritahu dan biarlah orang ini yang datang dan bercerita. Dan pihak berkuasa perlu siasat dan panggillah orang ini. Itu yang saya tulis dalam sd. Saya sendiri tidak timbulkan apa-apa tuduhan. Saya tidak kata saya tahu yang isteri timbalan perdana menteri semasa itu ada di tempat kejadian. Saya tidak cakap. Saya tidak buat satu tuduhan seperti berikut. Yang saya kata ada orang yang bercerita tetapi bergantung kepada pihak berkuasalah untuk menyiasat perkara ini lebih lanjut lagi dan untuk orang-orang ini kedepan. Dan saya sebut nama-nama orang ini. Saya sebut semasa siasatan polis."

Raja Petra berkata, beliau menerima maklumat berkenaan, daripada beberapa individu yang mempunyai kaitan  dengan beberapa tokoh politik, termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka ialah Nik Azmi Nik Daud, John Pang dan penulis blog Din Merican.

Menurut Raja Petra seorang pegawai perisik angkatan tentera dikenali sebagai Leftenan Kolonel Azmi Zainal Abidin juga memberi maklumat yang sama.

"Saya tidak terima lagi cerita itu. Sebab saya rasa mungkin mustahil kot. Takkanlah isteri Perdana Menteri nak pergi tempat itu kerana tempat itu kerana kawasan itu tempat hutan dan saya dok fikir dia nak panjat bukit, masuk hutan tengah tengah malam, pukul 12 malam, saya ingat mustahil kot."

Tambah Raja Petera, tujuan mereka ialah untuk memastikan Datuk Seri Najib tidak mengambil alih sebagai Perdana Menteri apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan.

Menurutnya dalam pertemuan dengan Nik Azmi, beliau bertanya kenapa beliau didesak untuk membuat akuan bersumpah itu.

"what do you hope to achieve? Dia kata pak lah akan letak jawatan, kalau kita tak block Najib, Najib akan menjadi Perdana Menteri, ganti Pak Lah"

Menurut Raja Petra, beliau kemudian meminta Din Merican untuk mendapatkan pengesahan Datuk Seri Anwar.

"Din Merican pun contact saya balik dia kata dia dah cakap dengan anwar dan anwar pun bagi green light. Dia kata ok, orang ini no problem, apa dia cakap kita boleh percaya. Anwar pun kenal baik dengan dia ini dan dia pun biasa jumpa anwar…leftenan kolonel  ini. Dan dia pun banyak bercerita kepada anwar tentang isu ini…dia kata proceed.  Saya pun proceed."

Beliau berkata, kesemua individu ini berjanji akan menjadi saksi sekiranya beliau di dakwa di mahkamah.

-Untuk video penuh, lihat sini-

(Gambar) Nik Aziz Menyokong Semangat 1MALAYSIA!!







Sumber : Parpukari

Haji Hadi Menyambut Baik Semangat 1MALAYSIA@PERPADUAN!!!

Selepas Tuan Guru Nik Aziz memberi sambutan baik kepada YAB PM di Pantai Timur, kini, Presiden PAS, Datuk Seri Haji Hadi Awang pula berbuat demikian. Dalam satu pertemuan yang tidak disengajakan di Pekan Pusa, Betong petang tadi, Haji Hadi dilihat begitu teruja menyambut YAB PM. Kelihatan juga beberapa ahli rombongan Haji Hadi meluru untuk bersalaman dengan YAB PM.

SARAWAK INSIDER berharap, semangat seperti ini akan wujud pada pemimpin-pemimpin Pakatan yang lain dalam merealisasikan 1MALAYSIA.