Ini adalah fitnah terbaru pembangkang mengenai borang 14. Pembangkang menuduh Ketua Tempat Mengundi(KTM) tidak menyerahkan borang 14 kepada counting agent yang berada dalam bilik saluran sewaktu pengiraan.
Pada hal semua KTM telah diberi taklimat oleh SPR bahawa borang 14 hendaklah diisi dan ditandatangan oleh pihak-pihak yang bertanding. Oleh itu tidak timbul soal KTM tidak memberi borang 14.
Jika KTM enggan memberi , pihak polling agent boleh melaporkan terus kepada pegawai polis yang bertugas disetiap saluran.
Jika tidak puas hati lagi parti atau agent boleh membuat laporan di mana-mana balai polis yang terdekat.
Tidak perlu buat kecoh dalam youtube. Ini satu pembohongan pembangkang untuk meracun pemikiran penyokong mereka yang buta peraturan dan undang-undang. Sudah tentu media-media pembohong pakatan seperti Harakah, Selangorkini dan, Roket akan membohongi pengikut atau ahli parti agar terus membenci SPR dan kerajaan.
Ambil contoh insiden pengiraan undi Senadin. PKR menjerit-jerit mohon dikira semula 22 ribu kertas undi kerana tidak puas hati dengan keputusan majoriti yang tipis (58undi)
Tindakan ganas PKR cukup memalukan. Bayangkan jika mereka berjaya menjadi kerajaan persekutuan, sudah tentu mereka akan bertindak seperti keganasan Bintang 3 Zaman Komunis dahulu
No comments:
Post a Comment