Friday, 8 April 2011

Gempar! Jadual Anwar Di Sarawak!!!


Berikut merupakan jadual penerbangan DSAI ke SARAWAK bermula 8-12 April 2011
.
  • 8 Apr 11
    • KL-Miri,  MH 2594 Jam 1315.

  • 9 Apr 11
    • Miri - Bintulu, MH 3461 Jam 0835.

  • 10 Apr 11 
    • Bintulu - Kuching, MH 3383 jam 1235, 

  • 12 Apr 11
    • Kuching - KL, MH 2513, Jam 1245 (Berlepas) 1425 (Tiba).
Jadual Aktiviti DSAI pd 8 apr 11 (Miri)
 
  1. jam 1630- ceramah Kg Luak, Dun Senadin.
  2. jam 1745- Hi-tea d Kg. dagang, Dun Bekenu.
  3. jam 1845- solat maghrib d Kg. Dagang, Dun Bekenu.
  4. jam 2000- ceramah d Kg Tengku Abd Rahman, Dun Lembir.
  5. jam 2300- ceramah perdana PR di Senadin, Piasau & Pujut).


Mari kita tuntut Anwar Ibrahim dedahkan badannya kepada rakyat Sarawak...

Panas! PAS Puaskan Nafsu Di SarawaK!!



PAS bertanding 5 kerusi di dalam Pilihanraya Negeri Sarawak dan habis di canang sana sini bahawa dengan 5 kerusi ini PAS akan kuat dan akan dapat menjadi Kerajaan Islam.

Woi PAS ni Gila ka apa? Kerusi yang di pertandingkan ada 71 awat 5 kerusi je yang PAS masuk lawan? Hilang akal ka dengan 5 kerusi PAS nak monopoli sekutu mereka DAP dan PKR? Ha ha ha

Ni lah bukti nyata dan jelas bahawasanya PAS bukanlah berniat untuk membangunkan negeri Sarawak sebaliknya hanya ingin menang kerusi Pilihanraya semata mata. Duit habis di gunakan bagi membawa para penyokong nya dari Semenanjung yang Konon kononya untuk berjuang di Sarawak namun hakikatnya depa puak PAS dari Semenanjung ini datang hanya untuk makan angin dan Merasa Ayam Penyek sahaja.

Rakyat Sarawak yang mungkin terhasut dengan dakyah PAS bahawa mereka akan membangunkan Kawasan yang mereka wakili sebenarnya adalah satu bentuk Pendustaan semata mata. mana mungkin PAS dapat membantu membangunkan Kawasan tersebut sedangkan Kerajaan yang mentadbir adalah Barisan Nasional.

Semalam Gomo ada dengar bisik bisik puak PAS di Satok tentang kerusi yang mereka tandingi dan dallam perbualan itu jelas lah mereka yang datang ke Sarawak ini hanya ingin berbicara mengenai gadis Gadis Sarawak yang Putih gebu berbanding dengan Kemenangan yang mungkin mereka akan capai.

Ini apa punya mental lah puak PAS, kat sememanjung dok Gila Balun Bini orang, kat Sarawak ni dok sibuk mencari anak Gadis buat pemuas nafsu serakah. Jahanam Jahanam......

Macam ni ke nak tadbir Negeri Sarawak? Negara? habis jahanam macam Kelantan lah jawapnya

Bilik Operasi BN Diserbu Pembangkang




 


Gempar!! Di Kapit apabila beratus-ratus penyukong Calon Pembangkang telah menyerbu Bilik Operasi Barisan National DUN N56 Baleh.


Penyukong Calon yang diharapkan menjadi Calon SNAP di N56 Baleh Begitu kecewa dan berasa tertipu oleh George Lagong, Oleh itu mereka telah menyerbu ke Bilik Operasi BN dan mengatakan mereka akan menyukong Calon Barisan National N56 Baleh.

Menurut mereka!! .. Sebelum penamaan calon mereka telah di pujuk rayu dengan wang ringgit oleh George Lagong. Mereka diarah oleh George Lagong turun ke Pasar kapit untuk mengiringi beliau semasa penamaan calon, mereka juga dijanjikan akan dibayar semua kos minyak, wang saku dan sebagainya.

BAYANGKAN!! DARI ULU BALEH UNTUK PERGI BALIK KE KAPIT MENGGUNAKAN PERAHU PANJANG DAN KOS MINYAK YANG MAHAL????? PADA MULANYA GEORGE LAGONG YANG AKAN MENANGGUNG SEMUA KOS PERBELANJAAN.

Sebaik sampai di Kapit baru lah mereka mengetahui George lagong tidak bertanding di N56 Baleh sebaliknya bertanding di N54 Pelagus atas arahan Dato Sng… Mereka bukan sahaja kecewa kerana George Tidak bertanding di Baleh, malah George lagong tidak mahu menanggung segala Kos mereka.

Dengan berasa kecewa akhirnya mereka telah menyuarakan, yang mereka akan menyukong calon BN. Sebenarnya mereka ini adalah penyukong BN tetapi telah dihasut oleh George Lagong untuk menentang Barisan National dengan janji-janji manis …

AKHIRNYA BARISAN NATIONAL LAH YANG MENANGGUNG SEGALA KOS MEREKA….. BARISAN NATIONAL JUGA TEMPAT MEREKA MENGADU….BN LAH YANG TERBAIK. 

Bila kami tanya mereka: kenapa tak jumpa calon PKR????? 

Jawab Mereka : MEREKA TIDAK MAHU MENYUKONG CALON PKR kerana Calon PKR Frenkie Bedindang telah banyak membohongi mereka pada masa lalu… Kali ini mereka kata akan menyukong Barisan National.,
 
Kredit kepada: Orang Panggau

Panas! Bukti Pakatan Pembangkang Menolak Islam!

Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian akan dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak jika Pakatan Rakyat menumbangkan BN pada pilihanr raya negeri ke-10, 16 April ini. Persetujuan itu diputuskan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat dan diumumkan di Kuching ketika pelancaran manifesto mereka yang 'Ketuanan Rakyat'. Hadir ketika pengumuman itu adalah Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang dan ahli jawatankuasa pusat PAS, Datuk Seri Nizar Jamaluddin serta calon-calon Pakatan yang bertanding pada pilihan raya ini. Ketua DAP Sarawak, Chong Chieng Jen berkata perlantikan Baru itu diputuskan pada mesyuarat majlis Pakatan Sarawak.




“Pendirian kita adalah jelas. Kita mahu Baru jadi KM (jika beliau menang),” kata Chong. Dr Wan Azizah berkata nama Baru dicadangkan kerana beliau adalah pemimpin negeri. Baru adalah pemimpin veteran dan pembabitannya dalam politik bermula dengan Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS), Kongres Dayak Malaysia dan juga pernah bertanding di bawah tiket Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) pada 2006.

Beliau terkenal dengan kelantangannya memperjuangkan tanah hak adat pribumi (NCR) dan pada pilihan raya ini bertading di DUN Ba'Kelalan di bahagian timur Sarawak. Baru dijangka memenangi kerusinya itu. Sementara itu, Mohd Nizar berkata pelantikkan ketua menteri atau menteri besar boleh diselesaikan seperti kes Perak pada 2008. Meskipun PAS adalah parti minoriti dalam kerajaan Pakatan Rakyat di Perak, namun Nizar dilantik sebagai menteri besar.

“Untuk masa ini, soalan itu tidak timbul. Hanya apabila kita diberi mandat, seorang daripada kami yang berkelayakan akan menerajui kerajaan negeri. Saya fikir soalan itu tidak penting sekarang. Maksud saya, saya juga tidak pernah terfikir akan menjadi menteri besar di Perak,” katanya. Pada pilihan raya 16 April ini, Pakatan bertanding di semua 71 kerusi dengan PKR berentap di 49 kerusi, DAP 15 dan PAS 5.

Panas! Calon PKR Tupong Menyelak Kain!


Cerita dalam kain PKR. Bukan saya reka. Orang-orang dalaman PKR sendiri yang cakap. Orang-orang yang sebelum ini menghabiskan lebih banyak masa di rumah Datuk Hafsah Harun, penasihat PKR daripada menghabiskan masa di rumah sendiri.

Mereka dah fade up dengan sikap kepura-puraan , mereka dah bosan dengan ketidakjujuran beberapa kerat the so called pemimpin mereka. Salah seorang daripada mereka ialah calon PKR di N7 Tupong, Baharudin Mohsen.

Menurut mereka, dalam mesyuarat mencari calon untuk PKR bagi kawasan Melayu di Kuching beberapa bulan lalu, setiap orang 'rapat' mencalonkan seorang nama orang yang berpotensi untuk menjadi calon. Baharudin mencalonkan Nurhanim, adiknya untuk calon di Tupong. Dia beriya-iya mempromokan Nurhanim sebagai calon yang winnable. Tiada calon lain yang layak selain adiknya. Antara justifikasinya ialah di Tupong khususnya DM Tupong Batu ramai saudara maranya.

Aleh-aleh seminggu sebelum penamaan calon, diam-diam dia 'main belakang' dengan Baru Bian untuk meletakkan namanya, menggantikan nama Nurhanim.  Apa lagi? Terbeliak dan terbonjollah biji mata penyokong-penyokong PKR.

Bagi mereka, Baharudin bukanlah calon yang disukai ramai. Pertama, kerana sikapnya yang sombong, angkuh dan kasar. Malah, ada waktunya berlagak macam samseng. Suka menentang arahan polis. Kedua, dia dah beberapa kali kalah dengan teruk dalam pilihan raya sebelum ini. Dia hanya "kenal" saudara mara di Tupong waktu pilihan raya.  Ketiga, dia bukan seorang yang jujur terutama dalam hal berkaitan dengan duit. Ramai petugas dalam PRK Batang Ai dua tahun lalu  masih marah dan tertunggu-tunggu dengan janjinya untuk mengagihkan pocket money. Banyak hutang termasuk hutang sewa kanopi tidak dibayar. Waktu itu dia incharge kewangan.

Menurut mereka, Baharudin mengetengah dan mempromosikan Nurhanim hanyalah sebagai stategi untuk blocked kawasan Tupong agar tiada nama lain dicalonkan di situ bagi memudahkannya bertanding sekali lagi. Kerana kalau nama lain sudah tentu sukar baginya untuk delete nama tersebut dan menggantikannya dengan namanya.

Atas alasan tersebut, tidak hairan ramai ahli dan penyokong PKR menjauhi diri dari jentera parti PKR di Tupong sekarang ini.  Jika ditanya tentang Baharudin, setiap orang daripada mereka akan berkata "BIJAK TAPI PEBULAK (penipu)"


Calon BN Dilempar Cat Oleh Pembangkang


Baru lepas dua hari tempoh berkempen bagi Pilihanraya Negeri Sarawak, telah berlaku perbuatan khianat dan budaya samseng yang ditunjukkan oleh pihak pembangkang. Budaya ini bukan daripada penduduk dan warga Sarawak, tetapi ianya adalah budaya yang dibawa oleh PKR, DAP dan PAS yang terkenal dengan budaya ganas dan agresif yang selama ini mendakwa mereka adalah penegak demokrasi dan pejuang Islam bagi PAS.

Apakah ini merupakan contoh kepimpinan yang dimahukan oleh penduduk SARAWAK? Sedangkan selama ini, penduduk negeri Sarawak telah terkenal dengan kepelbagaian kaum yang hidup aman damai tanpa sentimen perkauman yang dibawa oleh PAS, mahupun PKR dan DAP. Pastinya, rakyat Sarawak dapat menilai sendiri bakal-bakal pemimpin yang akan mewakili mereka di peringkat Dewan Undangan Negeri. Perbuatan khianat seperti yang digambarkan di dalam gambar, memberikan satu gambaran bagaimana keperibadian dan nilai yang dibawa oleh Parti yang akan mewakili mereka.


Rakyat Sarawak cukup berbangga dengan budaya, nilai, dan lambang negeri mereka. Tidak seperti budaya PKR dari SEMENANJUNG, yang sanggup meletakkan maruah dan  juga lambang mereka (gambar) seumpama sampah. Begitulah gambaran hinanya, PARTI SAMPAH yang kononnya cuba untuk menjadi hero di Sarawak. RAKYAT SARAWAK PANDAI MENILAI. 

PRN Sarawak : Anwar Ibrahim vs VK Linggam



Anwar Ibrahim pernah mendedahkan isu Video VK Linggam. Apabila diasak, VK Linggam tidak mengaku beliau adalah individu dalam video berkenaan. Sama seperti isu Video Seks Anwar Ibrahim, Anwar Ibrahim juga tidak mengaku dia adalah individu dalam video berkenaan. Tambahan pula, dia mengatakan, perutnya, tidak sama dengan perut buncit dalam video berkenaan. Terdapat persamaan antara Anwar Ibrahim dengan VK Linggam, iaitu, kedua-duanya, tidak mengaku mereka adalah individu dalam video masing-masing.



Cuma, yang menariknya, VK Linggam tidak berkata PERUT BUNCIT DALAM VIDEO TERSEBUT TIDAK SAMA DENGAN PERUTNYA sepertimana Anwar Ibrahim.

(p/s : Perut atau anggota badan lain akan kelihatan buncit  atau besar apabila dekat dengan kamera atau alat perakam, lebih-lebih lagi jika kamera atau alat perakam tersebut mempunyai kanta jenis cembung. )

PRN Sarawak : Putarbelit Malaysiakini

Isu video skandal sex Anwar Ibrahim amat ditakuti pembangkang di Sarawak. Mengikut analisa Google Trends, hits pencarian untuk video sex Anwar Ibrahim melonjak naik sejak pertama kali ianya dibangkitkan pada 21 Mac 2011 di Seri Carcosa. Pengundi baik di Semenanjung atau Sarawak ingin mengetahui cerita sebenar di sebalik video tersebut.

Tangkisan hujah yang dibuat oleh pihak pembangkang untuk membela Anwar Ibrahim adalah berdasarkan hujah perut buncit sahaja. Hujah twitter dan facebook sudah tidak boleh digunakan lagi setelah diketahui umum Anwar memang tidak berada untuk mengakses internet pada waktu tersebut.

Hujah untuk membuktikan Anwar adalah individu dalam video tersebut menerusi raut wajah, cara berjalan, gaya senyum dan merenung tidak berjaya dipatahkan oleh pembangkang. Hujah yang gagal sama sekali dikilas oleh pembangkang adalah berkenaan jam Omega. Jam hadiah daripada Arab Saudi dengan lambang khas yang didakwa disimpan oleh Wan Azizah. Reaksi spontan Wan Azizah ketika ditanya wartawan di mana jam tersebut berada telah menjelaskan Wan Azizah pun sanggup bersubahat sama untuk lindungi aktiviti Anwar Ibrahim. Kalau benar ada sila tunjukkan dalam press conference?


Di mana jam tangan Omega Anwar Ibrahim?


Pembangkang amat takut dengan video sex hingga memaksa Malaysiakini untuk membuat kesimpulan umum bahawa video sex tidak relevan di Sarawak (baca sini). Kesimpulan tersebut dibuat untuk mempengaruhi lawan agar terpengaruh dengan kesimpulan mislead yang dibuat oleh Malaysiakini. Pembangkang mahu lawan mereka layan isu lain dan jangan serang isu video sex. Pihak pembangkang amat takut, mereka gagal buktikan kesepadanan muka, gaya dan lenggok jalan Anwar dengan individu dalam video tersebut. Lebih-lebih lagi bila ditanya di mana jam Omega.

Anwar Ibrahim pernah dedahkan video VK Lingam, hari ini video Anwar pula terdedah. Persamaan antara Anwar Ibrahim dan VK Lingam adalah kedua-dua mereka tidak mengaku mereka adalah individu dalam video tersebut. Isu skandal sex telah menjatuhkan ramai personaliti dunia seperti Bill Clinton, Silvio Berlusconi, Estrada, Gus Dur, Wolfowitz (rakan baik Anwar), Tiger Woods, Wayne Rooney serta bekas jurulatih bolasepak England. Rakyat akan menilai sendiri video Anwar Ibrahim, rakyat tidak terlalu bodoh untuk menerima semua penafian yang dibuat oleh Anwar Ibrahim. Seluruh dunia menolak personaliti yang tidak berakhlak baik.

PRN Sarawak : Tokoh Di Sebalik Sarawak Report

Sejak hari penamaan calon N51 Balingian yang bertempat Dewan Suarah Mukah, beberapa peristiwa dan cerita telah menyusul berkisar tentang siapakah tokoh politik di sebalik laman Sarawak Report.

Sudah lama desas-desus mengatakan tokoh tersebut adalah saudara terdekat Pehin Sri Taib Mahmud, yang pernah bersama dalam dunia politik. pernah bersama kerajaan dan akhirnya jadi pembangkang. Beliau adalah tokoh yang pernah bersaing untuk jadi Ketua Menteri Sarawak?

Motif tokoh tersebut tidak lain, selain untuk menghapus nama Taib Mahmud dalam sejarah negeri Sarawak, dengan memastikan segala jasa, pencapaian serta kemajuan kerajaan pimpinan Taib Mahmud dibakulsampahkan..

Sejauh ini, beberapa cerita di lapangan membayangkan tokoh politik disebalik Sarawak Report adalah dibawah ini. Benarkah tokoh tersebut adalah Datuk Salleh?


Silakan buat spekulasi, anda pasti terfikir sesuatu...


PRN Sarawak : PKR Merapu




Kehadiran Presiden Parti Keadilan Rakyat, Wan Azizah di Dataran Satok tidak begitu memberansangkan. Sebaliknya hambar dan lesu membuatkan sesetengah pengunjung yang hadir beredar setelah mendapati apa yang diperkatakan oleh Wan Azizah tidak berkaitan dengan Pilihan Raya Sarawak. Tak lain tak bukan, isu yang dibangkitkan oleh Wan Azizah ialah Video Klip Skandal Seks Anwar Ibrahim dengan pelacur cina.

Malam ini, Wan Azizah sendiri mengakui bahawa lelaki di dalam video klip tersebut seiras dengan Anwar Tetapi ianya bukanlah Anwar yang sebenarnya kerana dia sendiri lebih mengenali tubuh fizikal Anwar itu sendiri. 99% dari ceramahnya adalah berkisarkan skandal seks. Wan Azizah juga mengungkit kembali kenangan lama bahawa beliau pernah berkunjung ke rumah Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud. Menurutnya, di dalam rumah Taib mempunyai banyak koleksi kristal dan jumlahnya lebih banyak dari jumlah yang ada di kedai. Dalam agama Islam menyatakan, adalah tidak elok mendedahkan apa yang ada di rumah orang walaupun ianya adalah sahabat baik anda sekali pun. Jelas sekali, Wan Azizah hanya alim di luaran tetapi dalamannya tidak ubah seperti syaitan, jin dan juga iblis.

Terdapat pula tuduhan kepada blogger pro kerajaan menyebarkan fitnah bahawa calon PKR di DUN Satok pernah minum arak dengan Zaid Ibrahim. Sehingga ke hari ini, belum pernah lagi kita dengar fitnah yang dikatakan oleh Wan Azizah itu. Siapa yang fitnah siapa sekarang ini? Mereka mencipta isu sendiri?

Calon PKR DUN Satok, Ahmad Nazib enggan berceramah menggunakan bahasa Sarawak. Nazib lebih suka berbahasa melayu baku sehingga menimbulkan persoalan orang disekeliling, apakah calon PKR ini anak jati Sarawak atau calon bidan terjun made in semenanjung? Begitu angkuh sekali calon PKR ini, bakal YB seperti inikah yang mahu dinobatkan sebagai wakil kepada suara rakyat DUN Satok?

Bukan itu sahaja, rakyat Sarawak khususnya guru-guru Sarawak dilabelkannya sebagai rakyat yang bodoh kerana pemikiran golongan ini masih lagi cetek dan hanya berjawatan cikgu pada nama sahaja membuatkan mereka tidak berani menyokong calon Pakatan Rakyat.

Setiausaha Politik menteri besar Selangor juga hadir menyampaikan ceramah. Semenjak kerajaan PKR memerintah Selangor, berpuluh-puluh ekar tanah di Selangor berjaya diselamatkan oleh mereka. Di Selangor, mereka memberikan cuti selama 90 hari kepada ibu yang baru bersalin. Kerajan Pakatan Rakyat di Selangor juga bukannya seperti kerajaan BN yang suka mengamalkan amalan kronisme dan suka memberikan janji-janji manis tetapi sehingga ke hari ini masih belum dilaksanakan. Katanya lagi, baru di tahap pengagihan kerusi DUN di antara parti komponen BN Sarawak saja, sudah ada yang mula bergaduh berebut kerusi.

Ya, memang berjuta-juta ekar tanah Selangor berjaya diselamatkan, tetapi lupakah mereka berjuta-juta tan PASIR yang telah di curi oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor? 90 hari cuti bersalin, bukankah ianya telah dilaksanakan untuk semua agensi? Kenapa perlu mengambil kredit yang kononnya Kerajaan Pakatan Selangor yang pertama kali melaksanakannya? Kerajaan BN mengamalkan amalan kronisme? Apakah parti politik seperti PKR dan DAP tidak mengamalkannya? Di dalam PKR saja, Anwar, Azizah dan juga Nurul Izzah. DAP pula dikuasai oleh Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng, itu belum lagi dicampur dengan saudara mara terdekat mereka.

Di PRU ke 12 tahun 2008, masih ada janji-janji Pakatan Rakyat tidak dilaksanakan terutamanya di Kedah yang menjanjikan kerajaan kebajikan, contoh paling senanglah, Pulau Pinang. Orang melayu sendiri dijahanamkan oleh Pakatan. Pengagihan kerusi di antara parti komponen BN Sarawak berjalan dengan lancar berbanding dengan Pakatan Rakyat Sarawak yang bergaduh dan tidak sepakat. PKR sahaja sudah mengaut 48 kerusi. Malam ini, terbukti Pakatan Rakyat tidak akan membantu SNAP berkempen. Nyata SNAP hanya menangguk di air yang keruh.

PRN Sarawak : Calon PKR Ada Klinik Haram Gugurkan Bayi


Calon PKR mempunyai klinik mengugurkan bayi secara haram. Dr Michael Teo Yu Keng, calon PKR bagi DUN 65 Senadin dikatakan tuan punya klinik terbabit. Dr Michael merupakan Ketua Cabang PKR Miri. Klinik tersebut telah beroperasi secara haram untuk mengugurkan bayi (baca Sarawak Sun).

Gambar Dr Michael Teo Yu Keng sewaktu penamaan calon.

Setelah salah memilih calon Ustaz Ahmad Nazib di Satok sebagai calon PKR, nampaknya PKR juga memilih calon yang punyai latar belakang yang teruk di Senadin. Malah Dr Michael adalah antara calon yang terawal dipilih di Miri untuk bertanding atas tiket PKR (baca sini). PKR menawarkan kepada rakyat calon yang bermasalah untuk mewakili rakyat. Amat jelaslah PKR melindungi kesalahan mereka dan terus memilih mereka tanpa usul periksa terlebih dahulu.

Turut hadir ketika penamaan calon Dr Michael Teo Yu Keng adalah Nurul Izzah (ahli parlimen PKR Lembah Pantai) dan Tian Chua (ahli parlimen PKR Batu). Kehadiran Nurul Izzah untuk memberikan sokongan kepada Dr Michael yang mempunyai klinik haram untuk menggugurkan bayi adalah satu penghinaan besar terhadap kaum-kaum ibu dan golongan wanita muda.

Sanggup Nurul Izzah bersubahat sama melihat bayi yang tidak berdosa digugurkan di klinik Dr Michael. Inilah PKR, mereka mengenepikan soal kemanusiaan dan tingkah laku moral bila terlalu mengejar kuasa dan harta. Tolak PKR, mereka menipu rakyat.