Friday 15 April 2011

(Gambar) Poster POLITIK MURAHAN!




Bertempat di hadapan Merdeka Palace Hotel, di atas padang Merdeka, Kuching, Pakatan Haram Jadah telah menaikkan poster yang berbunyi "undi Taib sama undi asuk (anjing) tua, jatuhkan taib sama dengan bunuh asuk (anjing) tua. Bila asuk-asuk (anjing-anjing) tua ni mahu dikorbankan?!!"

Dipercayai inilah antara Grand Finale yang digunakan pembangkang untuk memburuk-burukkan Ketua Menteri Sarawak.  Persamaan antara manusia dan anjing merupakan satu yang melampau. Tindakan terdesak ini dipercayai bagi merialisasikan janji 16 April 2011 kononnya Pakatan Rakyat akan membentuk kerajaan selepas janji 16 September 2008 yang lihat gagal dicapai.

Adakah ini contoh parti yang memperjuangkan keadilan,nilai-nilai murni dan integriti? Usah bicara soal nilai-nilai tersebut jika kepimpinan dan ahli parti itu sendiri gagal untuk mempamerkan nilai moral dan etika yang baik.  Kini semuanya terpulang kepada pengundi di Sarawak dan juga diseluruh negara untuk menilai sendiri dan menentukan apa yang terbaik untuk agama, bangsa dan negara.


Moral dan etika? Tarbiahkan ahli parti dulu sebelum meletakkan bercita-cita untuk mentadbir negara.
Sumber : Ohpolitik!

No comments:

Post a Comment