Friday, 8 April 2011

Panas! Calon PKR Tupong Menyelak Kain!


Cerita dalam kain PKR. Bukan saya reka. Orang-orang dalaman PKR sendiri yang cakap. Orang-orang yang sebelum ini menghabiskan lebih banyak masa di rumah Datuk Hafsah Harun, penasihat PKR daripada menghabiskan masa di rumah sendiri.

Mereka dah fade up dengan sikap kepura-puraan , mereka dah bosan dengan ketidakjujuran beberapa kerat the so called pemimpin mereka. Salah seorang daripada mereka ialah calon PKR di N7 Tupong, Baharudin Mohsen.

Menurut mereka, dalam mesyuarat mencari calon untuk PKR bagi kawasan Melayu di Kuching beberapa bulan lalu, setiap orang 'rapat' mencalonkan seorang nama orang yang berpotensi untuk menjadi calon. Baharudin mencalonkan Nurhanim, adiknya untuk calon di Tupong. Dia beriya-iya mempromokan Nurhanim sebagai calon yang winnable. Tiada calon lain yang layak selain adiknya. Antara justifikasinya ialah di Tupong khususnya DM Tupong Batu ramai saudara maranya.

Aleh-aleh seminggu sebelum penamaan calon, diam-diam dia 'main belakang' dengan Baru Bian untuk meletakkan namanya, menggantikan nama Nurhanim.  Apa lagi? Terbeliak dan terbonjollah biji mata penyokong-penyokong PKR.

Bagi mereka, Baharudin bukanlah calon yang disukai ramai. Pertama, kerana sikapnya yang sombong, angkuh dan kasar. Malah, ada waktunya berlagak macam samseng. Suka menentang arahan polis. Kedua, dia dah beberapa kali kalah dengan teruk dalam pilihan raya sebelum ini. Dia hanya "kenal" saudara mara di Tupong waktu pilihan raya.  Ketiga, dia bukan seorang yang jujur terutama dalam hal berkaitan dengan duit. Ramai petugas dalam PRK Batang Ai dua tahun lalu  masih marah dan tertunggu-tunggu dengan janjinya untuk mengagihkan pocket money. Banyak hutang termasuk hutang sewa kanopi tidak dibayar. Waktu itu dia incharge kewangan.

Menurut mereka, Baharudin mengetengah dan mempromosikan Nurhanim hanyalah sebagai stategi untuk blocked kawasan Tupong agar tiada nama lain dicalonkan di situ bagi memudahkannya bertanding sekali lagi. Kerana kalau nama lain sudah tentu sukar baginya untuk delete nama tersebut dan menggantikannya dengan namanya.

Atas alasan tersebut, tidak hairan ramai ahli dan penyokong PKR menjauhi diri dari jentera parti PKR di Tupong sekarang ini.  Jika ditanya tentang Baharudin, setiap orang daripada mereka akan berkata "BIJAK TAPI PEBULAK (penipu)"


No comments:

Post a Comment