Satu poster yang bertulis 'Kabinet Kerajaan Negeri Sarawak 2011' telah ditemui bertaburan di merata-rata tempat di sekitar Sarawak. Baru Bian dari PKR telah diangkat menjadi Ketua Menteri Sarawak, seperti yang tertera dengan jelas dalam poster berkenaan.
Berdasarkan poster berkenaan, statistik ahli politik yang menjadi menteri dari parti adalah seperti berikut :
i) DAP - 10
ii) PKR - 2
iii) PAS - 1
Jelas, Pakatan Pembangkang menolak dengan hina orang Islam di Sarawak, kerana wakil orang Islam yang menjadi menteri adalah 2 orang sahaja, dan membenarkan YELLOW RAJAH menguasai mereka.
Keadaan seperti ini juga pernah berlaku di Perak satu ketika dulu, ketika Pakatan Pembangkang memenangi DUN Perak dan membentuk kerajaan.. Ketika itu, Kerajaan Perak diterajui oleh Nizar (PAS) tetapi, dikuasai oleh cina-cina dari DAP. ADUN Islam yang lain dipinggirkan sama sekali.
Begitu juga dengan kerajaan Selangor. Anda boleh kira, berapa ramai dari DAP, berapa ramai dari PKR, dan berapa ramai dari PAS. Kira juga, berapa Islam, dan berapa bukan Islam.
Keadaan yang sama mungkin berlaku di Sarawak, apabila Pakatan Pembangkang ini menguasai DUN Sarawak, dan membentuk kerajaan. Jika sekiranya perkara ini berlaku, keamanan Sarawak mungkin akan tergugat, dan perpaduan yang telah dibina sejak awal, akan musnah sama sekali.
Kalau dulu, White Rajah (Keluarga Brooke) menjajah Sarawak dan merampas hasil bumi di Sarawak untuk keluarga mereka, kini, YELLOW RAJAH pula muncul untuk merampas hasil bumi Sarawak. YELLOW RAJAH ini adalah DAP. Pergerakan mereka disokong oleh 16 KUMPULAN GANGSTER dari Singapura, yang mengintai peluang untuk membolot, dan merampas semua hasil bumi Sarawak. Untuk maklumat lanjut mengenai YELLOW RAJAH, boleh lihat sini.
Justeru, Sarawak Insider menyeru kepada semua warga Sarawak untuk sama-sama kita menolak Pakatan Pembangkang, dan Jaminkan Masa Depan Kita Bersama BARISAN NASIONAL!
No comments:
Post a Comment