Monday 11 April 2011

Akhirnya... Baruk Bian terpaksa melutut depan Presiden SNAP !

Saya memang biasa dengar kalau orang Melayu mengungkap perkataan "Syurga itu dibawah tapak kaki ibu" dan sudah tentulah saya memang mengiyakannya kerana setiap orang tanpa mengira bangsa ataupun agama mereka haruslah senantiasa menghormati kedua ibubapa masing-masing yang telah melahir,membesar serta mendidik setiap daripada kita sehinggalah menjadi seorang insan yang berguna kepada bangsa dan juga berbakti kepada negara Malaysia.

Tetapi lain pula dengan apa yang sedang berlaku kepada calon Ketua Menteri Sarawak yang juga merangkap Pengerusi PKR Sarawak iaitu Baruk Bian apabila beliau sanggup untuk datang melutut dan merayu kepada Presiden SNAP Edwin Dundang agar mengarahkan semua calon-calon SNAP yang bertanding dalam PRN Sarawak untuk membantu kesemua 49 calon PKR untuk berkempen bagi calon PKR juga setelah beliau mulai menyedari yang peluang PKR untuk berkuasa di Sarawak sudah semakin malap dan gelap.

Edwin Dundang yang tetap dengan pendirian beliau sebelum ini yang memberi peringatan kepada seluruh Sarawak iaitu sekiranya rakyat Sarawak tidak mahu mengundi calon SNAP tidak menjadi apa-apa kerana menurutnya jika tidak mahukan SNAP adalah lebih baik undi rakyat diberikan kepada calon Barisan Nasional dan jangan sesekali bagi undi kepada calon PKR. Nanti Bumi Kenyalang kena gadai Anwar dengan kroni dia dari Amerika Syarikat seperti John Fluhart dari IRI(International Republic Insitute).

Inilah dilema yang sedang dihadapi oleh Pengerusi PKR Sarawak Baruk Bian sekarang ini. Demi jawatan Ketua Menteri Sarawak dia juga sanggup buat apa saja termasuklah perkara yang sangat bertentangan dengan prinsip seseorang peguam itu. Seseorang peguam mana boleh berbuat begitu kalau sudah merasakan dia akan kalah mempertahankan anak guamnya dalam mahkamah. Seseorang peguam juga mana boleh duduk melutut depan pendakwaraya minta simpati. Mana dia slogan slogan palsu PKR itu "lawan tetap lawan"?

Anwar Ibrahim yang sangat terkejut dengan perbuatan Baruk Bian itu hanya mampu menggelengkan kepala. Menurut Anwar, sepatutnya Baruk Bian berusaha menarik para pengundi yang meyokong Barisan Nasional supaya menyokong calon-calon PKR dan bukannya pergi merayu bantuan daripada Edwin Dundang untuk mendapat sokongan rakyat Sarawak. Anwar yang kesal dengan tindakan Baruk Bian itu seterusnya berkata, "sudahlah jam Omega belum saya jumpa lagi, ini Baruk Bian pula buat hal...apalah malang saya pilih calon untuk Ketua Menteri Sarawak kalau macam ini...benda-benda yang kecik macam tu pun dia tak mampu urus..nanti kalau dah jadi Ketua Menteri bagaimana dia boleh selesaikan masalah rakyat yang lebih besar dan negeri...hmmmmmmm...matilah saya kalau macam ni," keluh Anwar lagi.

Sumber

No comments:

Post a Comment