Juruterbang helikopter yang membawa rombongan Timbalan Perdana Menteri, Kapten Sahaimi Ghazali dari Selangor telah kembali ke rahmatullah apabila helikopter itu terhempas dari ketinggian 10 kaki.
Kejadian itu berlaku selepas helikopter tersebut menurunkan anggota rombongan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sebelum kejadian tersebut, tiga helikopter membawa rombongan timbalan perdana menteri balik dari Bintangor ke Sibu. Bagaimanapun, Tan Sri Muhyiddn tidak menaiki helikopter yang terhempas itu. Kejadian itu berlaku kira-kira jam 1.50 petang di Sibu Townsquare.
Kematian Allahyarham disahkan oleh Dr. Ching (Pengarah Hospital Sibu). Kejadian itu dipercayai akibat daripada hujan lebat di Sibu.
p/s : Sarawak Insider mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham, dan harap keluarganya sabar dan dapat menerimanya dengan tabah dan redha. Mari sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah bagi yang muslim, dan bagi belum muslim, dengan cara masing-masing.
No comments:
Post a Comment