Tuesday, 12 April 2011

Warga Emas Sudah Kena Tipu di Sarawak




RBF pula kata janji PKR semasa pelancaran manifesto tiga hari lepas diumumkan:

“Layanan adil kepada semua rakyat Sarawak dengan membantu daftar kerakyatan rakyat tempatan, menyumbang RM200 untuk setiap anak anak masuk darjah satu serta pemberian RM600 untuk warga emas berumur 60 tahun ke atas setiap tahun,” kata manifesto itu.

Sumber: Malaysiakini


Manifesto itu turut menjanjikan pendaftaran segera orang Sarawak yang tiada kerakyatan; menyumbang RM200 kepada setiap kanak-kanak Sarawak memulakan Tahun Satu; dan memberi bantuan kebajikan tahunan RM600 kepada semua warga emas Sarawak berusia 60 tahun ke atas.

Sumber: Malaysia Insider
Itu janji mereka depan media dan telah tersebar seluruh dunia.

Dibawah ini pula janji mereka di belakang media.

Klik pada imej untuk melihatnya dengan jelas

Dalam risalah tersebut dinyatakan bantuan untuk warga emas hanya RM 400 setahun dan tidak dinyatakan bantuan RM 200 untuk anak masuk darjah satu.

Akhirnya nanti akan jadi seperti Pulau Pinang di mana setahun sumbangan kepada waremas hanya RM100 SATU TAHUN.

Itu pun wangnya dari sumbangan taukeh judi dan bukan dari kerajaan negeri pun.

Di Selangor, janji semua wagra emas akan diberi sumbangan tetapi akhirnya dipilih-pilih ikut penyokong Pakatan atau tidak.

BN janji untuk semua rakyat, tidak kira parti dan ideologi.

No comments:

Post a Comment