Wednesday, 13 April 2011

Jangan Undi Jembalang!


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengulangi saranannya agar pengundi di Sarawak menolak hantu dan jembalang yang kononya datang untuk melakukan “change” di negeri berkenaan.


Menurut beliau laungan tersebut serta manifesto yang dicanang hanyalah sekadar retorik semata-mata dengan tujuan dan matlamat mempengaruhi pengundi dalam usaha mencapai cita-cita politik mereka.

“Mereka buat manifesto dalam bilik sejuk sedangkan kita telah melaksanakan pelbagai bentuk pembangunan untiuk rakyat negeri ini. Kita juga belanjakan berbilion untuk rakyat Sarawak demi pelbagai kemudahan infrastruktur dan kemudahan asas lain.

“Justeru kepada seluruh pengundi, janganlah terlalu emosi hingga kita lupa apa tujuan pembangkang hingga terpedaya dengan mereka tanpa memikirkan masa depan untuk semua,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan pada majlis perjumpaan bersama pemimpin masyarakat di, sini, hari ini.

Terdahulu sebelum itu, tinjauannya ke pasar moden E-Mart di Senadin dekat sini sejurus tiba dari Kuala Lumpur disambut gembira oleh para peniaga di situ.

Timbalan Perdana Menteri yang dalam rangka lawatan kerja dua hari ke Sarawak mulai hari ini meluangkan masa kira-kira 20 minit beramah mesra dengan para peniaga yang menjual pelbagai barangan keperluan harian.

Shahlin Lihua, 38, yang berniaga buah-buahan di situ sejak empat tahun lepas berkata lawatan Muhyiddin itu sangat baik kerana dapat melihat keadaan peniaga di situ.
Rudin Lingu, 46, pula tidak mahu melepaskan peluang bertemu pemimpin idolanya itu dengan datang ke pasar itu semata-mata untuk berjumpanya.

"Memang sudah lama teringin berjumpa, dan baru kali ini dapat peluang bertemunya," kata penyambut tetamu di salah sebuah hotel terkemuka di Miri yang datang bersama isterinya.

Muhyiddin yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Miri di sini pada kira-kira 9.45 pagi ini disambut oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Dr George Chan dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air yang juga anggota Parlimen Miri, Datuk Seri Peter Chin.

sumber : 1Sarawak

No comments:

Post a Comment