Wednesday 13 April 2011

Manifesto Pembulak Umpama 'Mimpi Mengecat Langit'!

Manifesto yang diutarakan oleh pembangkang termasuk membawa pemerintahan yang lebih baik di negeri itu umpama “mimpi mengecat langit” kerana apa yang ditawarkan kepada masyarakat Sarawak hari ini penuh dengan janji kosong.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan yang ditunjangi BN melaksanakan pemerintahan berasaskan pelaksanaan yang realiti dan bukannya sekadar janji palsu untuk kepentingan politik semata-mata.

“Sebab itu saya yakin pengundi di Sarawak hari ini tidak akan mengizinkan pembangkang memerintah kerana mereka mahu kesinambungan antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan.

“Pembangkang mungkin tidak sedaar bahawa pengundi di sini lebih cerdik berbanding mereka dan akan meneliti segala apa yang kita telah laksankan serta janji yang kita buat di dalam menaifesto yang menjurus ke arah kesejahteraan rakyat Sarawak,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis rakyat bersama pemimpin di Balai Raya Kg Satap, di sini, hari ini.

Datuk Zahid turut mmemasuki kampung dan mengunjungi salah seorang penduduk yang uzur di kampung berkenaan.

baca selanjutnya di SINI

No comments:

Post a Comment