Kehadiran Presiden Parti Keadilan Rakyat, Wan Azizah di Dataran Satok tidak begitu memberansangkan. Sebaliknya hambar dan lesu membuatkan sesetengah pengunjung yang hadir beredar setelah mendapati apa yang diperkatakan oleh Wan Azizah tidak berkaitan dengan Pilihan Raya Sarawak. Tak lain tak bukan, isu yang dibangkitkan oleh Wan Azizah ialah Video Klip Skandal Seks Anwar Ibrahim dengan pelacur cina.
Malam ini, Wan Azizah sendiri mengakui bahawa lelaki di dalam video klip tersebut seiras dengan Anwar Tetapi ianya bukanlah Anwar yang sebenarnya kerana dia sendiri lebih mengenali tubuh fizikal Anwar itu sendiri. 99% dari ceramahnya adalah berkisarkan skandal seks. Wan Azizah juga mengungkit kembali kenangan lama bahawa beliau pernah berkunjung ke rumah Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud. Menurutnya, di dalam rumah Taib mempunyai banyak koleksi kristal dan jumlahnya lebih banyak dari jumlah yang ada di kedai. Dalam agama Islam menyatakan, adalah tidak elok mendedahkan apa yang ada di rumah orang walaupun ianya adalah sahabat baik anda sekali pun. Jelas sekali, Wan Azizah hanya alim di luaran tetapi dalamannya tidak ubah seperti syaitan, jin dan juga iblis.
Terdapat pula tuduhan kepada blogger pro kerajaan menyebarkan fitnah bahawa calon PKR di DUN Satok pernah minum arak dengan Zaid Ibrahim. Sehingga ke hari ini, belum pernah lagi kita dengar fitnah yang dikatakan oleh Wan Azizah itu. Siapa yang fitnah siapa sekarang ini? Mereka mencipta isu sendiri?
Calon PKR DUN Satok, Ahmad Nazib enggan berceramah menggunakan bahasa Sarawak. Nazib lebih suka berbahasa melayu baku sehingga menimbulkan persoalan orang disekeliling, apakah calon PKR ini anak jati Sarawak atau calon bidan terjun made in semenanjung? Begitu angkuh sekali calon PKR ini, bakal YB seperti inikah yang mahu dinobatkan sebagai wakil kepada suara rakyat DUN Satok?
Bukan itu sahaja, rakyat Sarawak khususnya guru-guru Sarawak dilabelkannya sebagai rakyat yang bodoh kerana pemikiran golongan ini masih lagi cetek dan hanya berjawatan cikgu pada nama sahaja membuatkan mereka tidak berani menyokong calon Pakatan Rakyat.
Setiausaha Politik menteri besar Selangor juga hadir menyampaikan ceramah. Semenjak kerajaan PKR memerintah Selangor, berpuluh-puluh ekar tanah di Selangor berjaya diselamatkan oleh mereka. Di Selangor, mereka memberikan cuti selama 90 hari kepada ibu yang baru bersalin. Kerajan Pakatan Rakyat di Selangor juga bukannya seperti kerajaan BN yang suka mengamalkan amalan kronisme dan suka memberikan janji-janji manis tetapi sehingga ke hari ini masih belum dilaksanakan. Katanya lagi, baru di tahap pengagihan kerusi DUN di antara parti komponen BN Sarawak saja, sudah ada yang mula bergaduh berebut kerusi.
Ya, memang berjuta-juta ekar tanah Selangor berjaya diselamatkan, tetapi lupakah mereka berjuta-juta tan PASIR yang telah di curi oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor? 90 hari cuti bersalin, bukankah ianya telah dilaksanakan untuk semua agensi? Kenapa perlu mengambil kredit yang kononnya Kerajaan Pakatan Selangor yang pertama kali melaksanakannya? Kerajaan BN mengamalkan amalan kronisme? Apakah parti politik seperti PKR dan DAP tidak mengamalkannya? Di dalam PKR saja, Anwar, Azizah dan juga Nurul Izzah. DAP pula dikuasai oleh Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng, itu belum lagi dicampur dengan saudara mara terdekat mereka.
Di PRU ke 12 tahun 2008, masih ada janji-janji Pakatan Rakyat tidak dilaksanakan terutamanya di Kedah yang menjanjikan kerajaan kebajikan, contoh paling senanglah, Pulau Pinang. Orang melayu sendiri dijahanamkan oleh Pakatan. Pengagihan kerusi di antara parti komponen BN Sarawak berjalan dengan lancar berbanding dengan Pakatan Rakyat Sarawak yang bergaduh dan tidak sepakat. PKR sahaja sudah mengaut 48 kerusi. Malam ini, terbukti Pakatan Rakyat tidak akan membantu SNAP berkempen. Nyata SNAP hanya menangguk di air yang keruh.
No comments:
Post a Comment