
Tangkisan hujah yang dibuat oleh pihak pembangkang untuk membela Anwar Ibrahim adalah berdasarkan hujah perut buncit sahaja. Hujah twitter dan facebook sudah tidak boleh digunakan lagi setelah diketahui umum Anwar memang tidak berada untuk mengakses internet pada waktu tersebut.
Hujah untuk membuktikan Anwar adalah individu dalam video tersebut menerusi raut wajah, cara berjalan, gaya senyum dan merenung tidak berjaya dipatahkan oleh pembangkang. Hujah yang gagal sama sekali dikilas oleh pembangkang adalah berkenaan jam Omega. Jam hadiah daripada Arab Saudi dengan lambang khas yang didakwa disimpan oleh Wan Azizah. Reaksi spontan Wan Azizah ketika ditanya wartawan di mana jam tersebut berada telah menjelaskan Wan Azizah pun sanggup bersubahat sama untuk lindungi aktiviti Anwar Ibrahim. Kalau benar ada sila tunjukkan dalam press conference?

Pembangkang amat takut dengan video sex hingga memaksa Malaysiakini untuk membuat kesimpulan umum bahawa video sex tidak relevan di Sarawak (baca sini). Kesimpulan tersebut dibuat untuk mempengaruhi lawan agar terpengaruh dengan kesimpulan mislead yang dibuat oleh Malaysiakini. Pembangkang mahu lawan mereka layan isu lain dan jangan serang isu video sex. Pihak pembangkang amat takut, mereka gagal buktikan kesepadanan muka, gaya dan lenggok jalan Anwar dengan individu dalam video tersebut. Lebih-lebih lagi bila ditanya di mana jam Omega.
Anwar Ibrahim pernah dedahkan video VK Lingam, hari ini video Anwar pula terdedah. Persamaan antara Anwar Ibrahim dan VK Lingam adalah kedua-dua mereka tidak mengaku mereka adalah individu dalam video tersebut. Isu skandal sex telah menjatuhkan ramai personaliti dunia seperti Bill Clinton, Silvio Berlusconi, Estrada, Gus Dur, Wolfowitz (rakan baik Anwar), Tiger Woods, Wayne Rooney serta bekas jurulatih bolasepak England. Rakyat akan menilai sendiri video Anwar Ibrahim, rakyat tidak terlalu bodoh untuk menerima semua penafian yang dibuat oleh Anwar Ibrahim. Seluruh dunia menolak personaliti yang tidak berakhlak baik.
No comments:
Post a Comment