Sunday 10 April 2011

PRN Sarawak : Pakatan Pembulak Membulak Di Sarawak Edisi 1


8 April 2011, Pakatan Pembulak datang ke Sarawak berjanji manifesto yang sama yang pernah dijanjikan di Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor. Janji untuk menubuhkan pentadbiran yang cekap pernah dijanjikan di Pulau Pinang. Namun bila perintah Pulau Pinang, DAP yang banyak menyeleweng dan merampas hak bumiputera. Cekap apa kalau rugi berjuta-juta bila diberi amanah (baca sini). Kos sewa kereta RM6 juta dalam masa 11 bulan (baca sini). Mereka merompak wang amanah rakyat dan mengkayakan kroni sendiri.





Pentadbiran yang baik berdasarkan prinsip antarabangsa – cekap, Akauntabel, Telus atau CAT dengan mengagih kekayaan hasil bumi terus kepada rakyat; di samping menolak amalan nepotisme dan rasuah sebagaimana yang diamalkankan BN Sarawak sebelum ini. Apakah ini satu pentadbiran CAT yang telus diamalkan di Selangor (baca sini). Tanah orang asli dirompak, balak ditebang untuk penuhkan poket kroni PKR dan DAP di Selangor.

Rakyat Sarawak akan menerima nasib yang sama seperti di Selangor jika membiarkan pakatan pembulak menerajui kerajaan negeri. Mereka sudah habis tebang balak di Lojing, tebang balak di Kedah, tebang balak di Semenyih (baca sini). Hasil dikaut masuk kantung kroni. Biarkan kroni mentadbir Yayasan Selangor hingga rugi berjuta-juta. Pakatan Pembulak berjanji manis untuk perdaya rakyat Sarawak. Bila sudah dapat kuasa, mereka akan mungkir janji.

No comments:

Post a Comment