Sunday, 10 April 2011

PRN Sarawak : Pakatan Pembulak Membulak Di Sarawak Edisi 2


Anwar sedang "membulak" dalam ceramahnya di Sarawak.


Dalam manifesto yang kedua pakatan pembulak di Sarawak, mereka berkata ingin membasmi kemiskinan dengan menubuhkan dana khas. Apakah selama ini kerajaan Barisan Nasional tidak pernah membantu rakyat yang berada di bawah paras kemiskinan? Banyak dana yang disalurkan melalui Amanah Ikthiar untuk membantu rakyat berdikari berniaga dan meningkatkan punca pendapatan.

Calon PAS di Muara Tuang sendiri mendapat faedah daripada Amanah Ikhtiar. Namun enggan membayar kembali hutang (baca sini). Kerajaan DAP Pulau Pinang sendiri gagal membasmi kemiskinan dengan baik, malah bila diberi peluang memerintah mereka terpaksa menggunakan wang hasil daripada judi kuda untuk meraih undi daripada warga emas.

25 September 2010, Guan Eng akui dalam Twitternya "Kerajaan negeri mengasingkan dana yang diterima daripada kelab lumba kuda, terdapat juga masyarakat bukan Islam yang miskin tetapi untuk umat Islam, ia tiada kaitan dengan sumber judi,". Guan akui terima duit hasil judi dari lumba kuda (baca sini). DAP tidak buat pun dana khas untuk orang miskin bila berpeluang memerintah. Mereka gunakan duit judi untuk tunai janji pilihan raya mereka. Inilah pakatan pembulak. Jangan mudah percaya dengan janji-janji pembulak.

No comments:

Post a Comment