Friday, 15 April 2011

Provakasi Liar Pakatan Pembulak!



Dr Hew Kuan Yau (pemimpin DAP kebangsaan) telah menggelar SUPP sebagai anjing dan orang utan dalam ceramahnya di Miri (baca sini). Tidak cukup dengan itu, provokasi liar terhadap kepimpinan negeri berterusan dibuat oleh pihak lawan ketika hari pengundian semakin hampir. Ini menunjukkan DAP begitu desperate untuk menang di Sarawak.

Terbaru, satu billboard berbentuk provokasi telah ditemui dihadapan Merdeka Palace Hotel, Kuching berdekatan dengan bulatan Padang Merdeka. Maksud billboard tersebut adalah "undi Taib sama undi asuk (anjing) tua, jatuhkan Taib sama dengan bunuh asuk (anjing) tua. Bila asuk-asuk (anjing-anjing) tua ni mahu dikorbankan?!!!". (baca sini)

Sebelum ini poster calon BN dilempar cat merah. (baca sini)

Billboard berbentuk provokasi dan ancaman "korbankan" ini adalah satu bentuk tindakan biadap dan tidak boleh dibiarkan. Ini satu penghinaan kepada rakyat Sarawak. Amat pasti budaya provokasi liar ini adalah budaya yang diimport dari luar Sarawak. Budaya "Yellow Rajah" sudah menular di Sarawak. Rakyat perlu menolak budaya biadap dan melampau ini. 
 
Sumber : Angin Perubahan

No comments:

Post a Comment