Friday, 15 April 2011

Tolak PAKATAN PEMBULAK, Jaminkan Masa Depan Dengan BARISAN NASIONAL!!


Renung kembali kata-kata mereka dan apa yang mereka katakan. Mereka mendesak supaya Pehin Sri, Ketua Menteri kita letak jawatan kerana telah lama memegang tampuk pemerintahan. Tetapi, mereka lupa, mungkin NYANYUK barangkali dengan tempoh mereka berkuasa, menjadi wakil rakyat. 

Berdasarkan kajian yang dibuat, orang yang paling lama berkuasa dan menjadi wakil rakyat adalah Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz, yang telah berkuasa selama 44 TAHUN! Diikuti dengan Lim Kit Siang, CAUVINIS KOMUNIS yang telah berkuasa selama 42 TAHUN! Seterusnya, Karpal Singh, wakil rakyat yang cacat anggota selama 37 TAHUN! Dan, Abdul Hadi Awang, bekas Menteri Besar Terengganu, yang MENJAHANAMKAN TERENGGANU, selama 33 TAHUN.

Ketua Menteri kita, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, baru sahaja 30 tahun bergelar wakil rakyat, dibandingkan dengan nama-nama yang disebut di atas yang telah lama menjadi wakil rakyat.

Tetapi, apa yang musykil ialah, walaupun mereka telah lama berkuasa, tetapi, mereka tidak menyumbangkan apa-apa, selain bertujuan untuk MEMECAH BELAHKAN kita sahaja. Di Kelantan, tanah dirampas, dan bukit digondol untuk meratah balak. Di Pulau Pinang, orang-orang MELAYU di sana dihalau, malah, ada gerai orang MELAYU dirobohkan. Lebih teruk, sebuah perkampungan India, di KAMPUNG BUAH PALA ditolak menggunakan jentolak, dan orang-orang kampung itu MEREMPAT di bumi Pulau Pinang, SEHELAI SEPINGGANG.

Janji tinggal janji. Mereka tidak upaya pun mentadbir negeri. Mungkin faktor umur tua bangka, dan penyakit yang mereka hidapi kini. Dibandingkan dengan Pehin Sri, Pehin Sri lebih bertenaga, dan sihat. Pehin Sri masih mampu dan berupaya untuk mentadbir negeri kita.

Justeru, kita sepatutnya menolak orang-orang tua yang NYANYUK, MEMPUNYAI MASALAH KESIHATAN, DAN YANG TIDAK MENYUMBANG APA-APA dari mewakili kita semua. Dengan menolak mereka, kita mampu MENJAMIN MASA DEPAN KITA DENGAN BARISAN NASIONAL!

No comments:

Post a Comment