Friday, 15 April 2011

Tolak PAKATAN PEMBULAK, Jaminkan Masa Depan Dengan BARISAN NASIONAL!


Tinggal kurang dari 13 jam rakyat Sarawak akan menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih dalam Pilihanraya Negeri Sarawak (PRN Sarawak) yang ke 10. Justeru, Sarawak Insider mengingatkan sekali lagi supaya rakyat Sarawak JAMINKAN MASA DEPAN ANDA DENGAN BARISAN NASIONAL. 

Sokongan anda kepada Barisan Nasional Sarawak, yang diterajui Pehin Sri Abdul Taib Mahmud adalah cerminan sokongan anda kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Patinggi Mohd Najib Tun Abdul Razak. Perdana Menteri kita bukan hanya menjadi Perdana Menteri kepada orang Melayu, Cina dan India sahaja. Tetapi, beliau telah melaksanakan tanggungjawabnya, menjaga kita, seluruh rakyat Sarawak yang kaya dengan pelbagai adat, seni, dan budaya.

Malah, yang lebih mengharukan, Datuk Patinggi Najib menterjemahkan perpaduan di bumi kita, Sarawak, kepada satu Gagasan, yang mengikatkan kita semua, dengan nama perpaduan, yakni GAGASAN 1MALAYSIA.

Diharapkan rakyat Sarawak tidak terpengaruh dengan pujuk rayu, serta muslihat dari PAKATAN PEMBULAK, yang akan merosak, serta menghancurkan bumi kita ini, dengan budaya ganas, dan agresif yang mereka bawa dari luar negeri kita. Jikalau mereka menang, Sarawak Insider yakin, YELLOW RAJAH yang diketuai DAP akan membolot semua hasil bumi kita, segala tanah yang kita ada, dan harta yang kita miliki, seperti mana yang berlaku di Pulau Pinang, dan Kelantan.

Jika ini berlaku, kita akan merempat di bumi kita. Pakatan Pembulak ini lebih senang menipu, dan menabur janji-janji manis. Mereka akan menindas kita, sebagaimana mereka menindas rakyat di negeri mereka kuasai.

Ingat, untuk kesejahteraan kita bersama, kita harus TOLAK PAKATAN PEMBULAK ini. Kerana, dengan menolak PAKATAN PEMBULAK ini, kita mampu, MENJAMIN MASA DEPAN KITA DENGAN BARISAN NASIONAL!

No comments:

Post a Comment