Thursday, 7 April 2011

PRN Sarawak : Pendakyah Ayah Pin Mahu Hancurkan Sarawak!!!





Budaya politik di Sarawak, tidak sama seperti di Semenanjung. Itu yang diketahui dan dimaklumi oleh seorang orang. Malah semua orang mengakui, budaya politik kotor, lebih banyak berlaku di Sarawak, terutama yang membabitkan Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim sendiri sangat dikenali dengan permainan kotornya terutama buat kali pertama pada awal tahun 1980-an lalu, menggunakan kaedah tersebut untuk menjatuhkan Suhaimi Kamaruddin, Ketua Pemuda UMNO dalam pertandingan yang akhirnya Anwar Ibrahim ‘menang percuma’.

Ramai yang melihat sinis apa yang sedang dilakukan oleh Anwar Ibrahim di Sarawak. Keyakinan bahawa Anwar kurang mendapat sambutan, begitu menebal. Keyakinan tersebut menjadi kenyataan kerana sehingga setakat ini, ceramah yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim dan PKR di Sarawak, tidak dihadiri ramai orang meskipun media-media kawalan PKR melaporkan sebaliknya.

Namun perlu diingat, setiap kejayaan bermula dengan langkah pertama. Sebelum ini, PKR kurang memberikan tumpuan kepada Sarawak. Kejayaan mereka pada Mac 2008 menyedarkan kepimpinan PKR bahawa Sabah dan Sarawak perlu mereka tawan seandainya mereka ingin menguasai Putrajaya. Tanpa Sabah dan Sarawak, impian untuk ke Putrajaya bolehlah dianggap sebagai impian Mat Jenin.

Anwar Ibrahim dan gerombolannya berjaya di Semenanjung dengan kaedah menyemai kebencian dan perpecahan di kalangan masyarakat. Sekalipun komposisi kaum di Semenanjung tidaklah serumit seperti di Sabah dan Sarawak, Anwar Ibrahim dan gerombolannya yang menggelarkan diri mereka sebagai Pakatan Rakyat, kelihatan sangat berjaya.

DAP berjaya membahagi-bahagikan masyarakat Cina dan India. PAS berjaya membahagi-bahagikan kelompok masyarakat Melayu yang sebahagiannya sangat teguh berpegang kepada ajaran POLITIK ADALAH SEGALA-GALANYA. Dan PKR sendiri kelihatan sangat berjaya sebagai parti berbilang kaum yang tonggaknya adalah Anwar Ibrahim, isteri dan anak perempuannya.

Itu di Semenanjung. Di Sarawak, isu agama kurang mendapat tempat. Justeru, kedudukan PAS di Sarawak tidaklah begitu penting dan perlu dibimbangkan. Kalaupun PAS berjaya dalam percubaan untuk menguasai satu atau dua kerusi DUN di Sarawak, ia sebenarnya tidak ubah seperti satu kejayaan kecil.

Namun, mata dan perhatian harus dituju kepada PKR dan DAP. Kedua-dua parti ini mengimport sepenuhnya kaedah dan teknik yang mereka gunakan di Semenanjung ke Sarawak.

PKR menerusi Anwar Ibrahim menggunakan teknik melaga-lagakan 27 suku kaum di Sarawak. Tunggak penentangan mereka, sudah tentulah terhadap Taib Mahmud dan PBB yang dianggap sebagai ‘UMNO Sarawak’. Anwar cuba membangkitkan sentimen kebencian di kalangan masyarakat Iban, Bidayuh dan Melanau terhadap Taib Mahmud dan Melanau Islam.

Kelompok terbesar iaitu Dayak yang pada suatu ketika merupakan masyarakat pengundi penentu di Sarawak, cuba dibahagi-bahagikan oleh Anwar Ibrahim. Dengan perlantikan Baru Bian dan mempotretkannya sebagai Temenggong Jugah moden versi PKR, Anwar berharap sokongan Dayak akan beralih dari menjadi penyokong tegar Barisan Nasional kepada PKR dan Pakatan Rakyat.

Setiap hari dan setiap masa, Anwar Ibrahim dan PKR menceritakan tentang kezaliman yang dilakukan oleh Melanau Islam terhadap kelompok masyarakat yang lain. Anwar dan PKR mempersoalkan tentang pembahagian ekonomi yang menurutnya tidak adil. Anwar mengada-adakan cerita tentang konsesi balak yang dikuasai oleh anak-anak Taib Mahmud dan Alfred Jabu. Alfred Jabu digambarkan sebagai pengkhianat besar kaum Dayak kerana bekerjasama dan setia dengan Taib Mahmud.

Anwar dan PKR juga mempersoalkan tentang masyarakat Bumiputera yang tinggal di tempat-tempat terpencil dan sangat pedalaman. Dia mempersoalkan tentang ketidakupayaan kerajaan Sarawak menjaga mereka dengan membiarkan mereka hidup tanpa infrastruktur secukupnya seperti jalan raya.

Dalam hal ini, tidak timbul perkara munasabah dan logik. Dan salah satu daripada kemahiran Anwar Ibrahim ialah menjanjikan bulan dan bintang kepada penduduk Sarawak, terutama sekali di kawasan pedalaman.

Satu lagi kejayaan yang berjaya dilakukan oleh Anwar Ibrahim ialah menanam sentimen kebencian terhadap pentadbiran Putrajaya yang menurutnya telah menghisap darah rakyat Sarawak sehinggakan rakyat Sarawak tidak mendapat kekayaan yang sepatutnya mereka miliki.

Banyak perkara yang dipersoalkan oleh Anwar Ibrahim dan PKR. Dan setiap kali Anwar memperkatakan tentang Sarawak, dia sentiasa menggambarkan masyarakat Sarawak sebagai masyarakat yang bodoh dan tidak bertamaddun kerana masih lagi memilih Barisan Nasional dan Taib Mahmud. Bijaksana dan tamaddun menurut Anwar Ibrahim ialah memilih Pakatan Rakyat dan menyokongnya walaupun dia sendiri terpalit dengan keaiban seperti didapati mengamalkan budaya homoseksual oleh ketiga-tiga orang Hakim Mahkamah Persekutuan.

Bible berbahasa Melayu, sentimen kebencian Kristian terhadap Islam, tanggapan bahawa kerajaan pusat menekan penganut-penganut agama lain selain Islam, semuanya membabitkan Anwar, PKR dan Pakatan Rakyat. Dan dalam versi terbaru, Anwar Ibrahim masih lagi mendendangkan tentang KALIMAH ALLAH dan kehairanannya kerana negara ini mengamalkan sistem yang menurutnya tidak adil kepada agama lain.

Anwar Ibrahim secara terbuka mengakui bahawa KALIMAH ALLAH adalah umum dan boleh digunakan secara bebas oleh semua orang tanpa mengira fahaman agama. Bagaimanapun, Anwar Ibrahim tidak pula menggalakkan rakyat mendesak kerajaan agar menukar prinsip pertama RUKUNEGARA daripada KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN menjadi KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH.

Politik yang sedang dimainkan oleh Anwar Ibrahim, PKR dan DAP di Sarawak, sebenarnya sangat merbahaya. 27 suku kaum yang menganuti pelbagai agama di negeri tersebut, bagaikan serbuk-serbuk belerang dan petrol yang bila-bila masa boleh meruap dan terbakar jikalau ada percikan bara biarpun sedikit.

Seharusnya rakyat Sarawak menolak total kaedah politik yang diamalkan oleh Anwar Ibrahim yang sangat bijak dengan menyalahkan UMNO dan BN untuk kaedah politik kejinya itu.

No comments:

Post a Comment